Kredit foto: Instagram @nonnynadirah

Biodata

1. Pemilik nama penuh Nonny Nadirah binti Zainuddin.

2. Lahir pada 21 Julai 1989 di Kota Kinabalu, Sabah.

3. Berusia 30 tahun (2019).

4. Berketinggian 158 sentimeter.

5. Anak kelima daripada sembilan adik-beradik.

6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2007.

7. Bergelar pelakon, penyanyi dan pengacara.

8. Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim kelima yang antara lain turut melahirkan penyanyi Aizat Amdan, Heliza Helmi, Mila Jirin dan Dafi. Beliau bagaimanapun tersingkir di minggu keempat selepas melunaskan empat lagu tugasan iaitu Pastikan nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tak Ada Logika (Agnes Monica), Miraei (Kiroro) dan Ode To My Family (The Cranberries).

9. Kemunculannya di layar perak menerusi filem Malay Regiment dan XX Ray 3.

10. Di layar kaca menerusi drama Gaia, Papaku Rock, Kau & Aku, Bibik, Romi Cinta Julia, Istikharah Cinta, Bidadari, Dia Isteri Luar Biasa, Cinta Hati Abah, Lara Terindah, Megat Extend, Dia, Melankolia dan Cekelat Honey.

11. Juga telefilem Cik Sayur Encik Seafood, Oh Bah Kalah Aku, Bedah Motor, Cerita Seram Paya Hitam, Menantu Material, Hassan, Yam Melaram, Muliakah Aku dan Cucuk Sanggul Seroja.

12. Terkenal kerana raut wajahnya yang dikatakan seumpama selebriti Korea.

13. Pernah melalui zaman kesusahan bersama keluarga hingga mereka yang tidak mempunyai rumah ketika itu terpaksa tidur di bawah jambatan, balai raya serta rumah jiran. Malah bekalan makanan sehingga ke tahap bercatu.

14. Mendirikan rumah tangga dengan penolong penerbit Media Prima Berhad (MBP) yang juga seorang duda, Mustain Adnan pada 2018 sebelum ikatan itu terlerai pada 2019 iaitu kurang daripada setahun usia perkahwinan.

15. Mula mengenakan hijab selepas beberapa hari pulang daripada menunaikan umrah bersama suami pada hujung Januari 2019.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon nonny nadirah 2

biodata dan latar belakang pelakon nonny nadirah 3

biodata dan latar belakang pelakon nonny nadirah 4

biodata dan latar belakang pelakon nonny nadirah 5

biodata dan latar belakang pelakon nonny nadirah 6

Kredit foto: Instagram @nonnynadirah

Video

Kredit video: Youtube Astro Oasis

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Utusan [1, 2]

3. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)