Oleh pada 03 Aug 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Nuansa Film Production

     

Jalan Sesat Ke Syurga merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 dibintangi oleh Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Zul Helmy dan Syrul Ezwan.

Drama 34 episod ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Prima mulai 3 Ogos 2020 bagi menggantikan siaran ulangan siri Awak Sangat Nakal.

    

jalan sesat ke syurga

Kredit foto: Astro

    

Sinopsis

Inara, seorang gadis periang yang gemar berpeleseran diduga dengan pengalaman 'mati hidup semula' hingga membuatkan dia insaf dan ingin mencari jalan kebenaran dalam hidup.

Ketika cuba mendalami Islam, Inara menjalinkan hubungan rapat dengan Hamzah. Dalam masa sama, dia berasa keliru dengan fahaman Islam yang diamalkan oleh kedua ibu bapanya.

Inara mempelajari Hawa Islam dan diperkenalkan dengan Gerakan Elit, walaupun berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan pertubuhan itu.

Dalam pada itu, Hamzah pula dituduh kononnya ingin melakukan sabotaj terhadap Hawa Islam. Hamzah semakin hari berasakan Inara bukan lagi wanita yang pernah dikenalinya.

    

sinopsis jalan sesat ke syurga

Kredit foto: Instagram Aaron Aziz

    

Pelakon

Lakonan mantap Datuk Aaron Aziz, Siti Elizad Sharifuddin, Zul Helmy, Aleza Shadan, Datuk Jalaluddin Hassan, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Nelissa Nizam, Sri Irdina dan Ziema Din.

    

Baca: Biodata Siti Elizad Sharifuddin

Baca: Biodata Zalfa Zin

    

drama jalan sesat ke syurga

Kredit foto: Astro

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya terbitan Nuansa Sdn. Bhd arahan bersama Osman Ali dan Shuhaimi Zulkefli.

    

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Luka - Madam [Official Music Video]

    

Tajuk: Luka

Penyanyi: Madam

Komposer: Ziin

Lirik: Ziin

     

pelakon jalan sesat ke syurga

Kredit foto: Astro

   

Waktu Siaran

Bersiaran di saluran Astro Prima dalam slot Tiara pada jam 6 petang bermula 3 Ogos 2020, setiap Isnin hingga Jumaat.

   

Sumber:

1. "Perempuan Jadi Imam, Makmum Tak Pakai Telekung" - Teaser Jalan Sesat Ke Syurga Jadi Bualan Netizen!

2. Instagram Nuansa Film Production

3. Wikipedia Jalan Sesat Ke Syurga

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)