Kredit foto: Instagram Hefny Sahad

    

Mohamed Hefny bin Sahad atau nama popularnya, Hefny Sahad merupakan seorang pengacara, pelakon, model dan penyampai radio Malaysia.

Bakatnya diperkenalkan menerusi program realiti, On Air yang mengangkat pelapis dalam dunia penyiaran.

     

Biodata

  • Nama sebenarnya, Mohamed Hefny bin Sahad.
  • Menggunakan nama komersial, Hefny Sahad.
  • Kelahiran Maran, Pahang pada 20 Ogos 1987. Berumur 33 tahun.
  • Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
  • Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pengacara, pelakon, model dan penyampai radio sejak tahun 2012.
  • Mendapat tempat dalam bidang seni sejak 23 Mei 2012 selepas terpilih sebagai salah seorang daripada 20 peserta rancangan pencarian bakat dunia penyiaran yang bersiaran di Astro Ria iaitu On Air. Antara lain, On Air melahirkan pengacara Dahlia Shazwan, Syakirin Husnal, Hafizul Kamal dan CK Faizal. Hefny menduduki tempat naib juara.
  • Beliau kemudiannya berada dalam senarai 11 pengacara dan wartawan pelapis Astro di bawah bimbingan pengacara lagenda, Datuk Aznil Nawawi.
  • Antara drama dibintanginya seperti Benci Vs Cinta, Jodoh, Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Kristal Maya, Awak Sangat Nakal dan Cintaku Di Bumi Izmir.
  • Penglibatannya di layar lebar menerusi filem Operasi X arahan Sandosh Kesavan pada 2018.
  • Kemunculannya di pentas teater menerusi pementasan Pak Pandir Yo pada 2015.
  • Bergelar hos untuk program-program televisyen popular seperti Propaganza (musim 2), Festival Filem Malaysia ke-25, Diari Akademi Fantasia (AF) 2013, H-Live, Pop TV, Muzik-Muzik (Musim 32), Borak Kopitiam dan banyak lagi.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @hefnysahad sehingga kini mengumpul lebih 216,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Dibesarkan di Johor Bahru, Johor.
  • Anak bongsu daripada empat orang adik-beradik.
  • Sebelum bergelar selebriti, beliau pernah berkhidmat di beberapa buah syarikat insurans dan bank tempatan.
  • Dirinya bersama Hafizul pernah menyertai rancangan Fear Factor Malaysia pada tahun 2013 dan tuah menyebelahi mereka apabila diangkat sebagai naib juara, di belakang Hairul Azreen dan Dazrin Kamarudin yang merangkul gelaran juara.
  • Memegang peranan sulung dalam drama TV menerusi siri Benci vs. Cinta yang antara lain menampilkan aktres Nora Danish dan pelakon Indonesia, Randy Pangalila.
  • Pernah dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon Nad Zainal dan Uqasha Senrose, namun jodoh mereka tidak berpanjangan lama.

    

Foto

keluarga hefny sahad

hefny sahad

instagram hefny sahad

wikipedia hefny sahad

profil hefny sahad

hefny sinar fm

latar belakang hefny sahad

kekasih hefny sahad

siapa hefny sahad

Kredit foto: Instagram Hefny Sahad

    

Sumber:

1. Wikipedia Hefny Sahad

2. Persaingan Hebat 20 Peserta 'On Air' Bermula 23 Mei Depan

3. Tampil lebih santai

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)