Kredit foto: Instagram Jibob Official

     

Pelawak Gbob yang juga dikenali sebagai Jibob Raja Lawak merupakan seorang pelakon dan pelawak Malayisa.

Beliau menempa populariti selepas penyertaan dalam rancangan pencarian bakat komedi, Raja Lawak musim kelima.

     

Biodata

  • Nama sebenarnya, Mohd Hamizi bin Hashim.
  • Menggunakan nama komersial, Gbob Raja Lawak, Gbob dan Jibob.
  • Lahir pada 19 Julai 1986.
  • Berumur 34 tahun.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang pelawak dan pelakon.
  • Bakatnya dicungkil daripada program realiti Raja Lawak 5 (musim kelima) pada tahun 2011 menerusi kumpulan Bobo yang tersingkir di minggu kedua.
  • Antara drama dibintanginya termasuk Nasi Minyak Kuah Cinta, Awak Sangat Nakal, Cinta Masam Manis, Muzium Misteri, Shah & Zam dan Terima Aku Seadanya.
  • Pembabitannya di layar perak menerusi filem Halim Munan, Strawberi Cinta dan Operasi X.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Siti Aisyah Wahiddin, 38, pada 2015 dan dikurniakan anak perempuan bernama Nur Humairah berusia dua tahun.

    

Fakta Menarik

  • Peserta Maharaja Lawak 2019 menerusi kumpulan OnXon yang turut dianggotai Azrul Zaidi dan Che Mat.
  • Ingin menjadi ikon mewakili individu berbadan gempal.
  • Enggan menjadikan fizikalnya sebagai halangan untuk mencapai apa yang diinginkan, serta tidak berasa malu menerima hakikat berkenaan.
  • Terkini iaitu pada 5 Mac 2020 sekitar jam 1 pagi, malang menimpa dirinya yang terjatuh dalam bilik air di kediamannya, sebelum dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan membuang darah beku dalam otak. 

   

Foto

gbob raja lawak

jibob raja lawak

biodata jibob raja lawak

pelawak jibob

pelawak gbob

peserta raja lawak 5

Kredit foto: Instagram Jibob Official

   

Video

Kredit video: Raja Lawak 5: Penyingkiran Bobo

    

Sumber:

1. Maharaja Lawak Mega 2019

2. “Buang sikap pemalu dan lakukan yang terbaik” – GBOB Mahu Jadi Ikon Orang Berbadan Besar

3. Wikipedia Gbob Raja Lawak

4. Jibob Raja Lawak alami pendarahan otak selepas jatuh di bilik air - “Buat masa sekarang, saya tak tahu bila dia akan sedar”

5. Doakan pelawak Gbob sedarkan diri

6. Suami mula beri tindak balas - isteri pelawak Gbob

7. Gbob sudah sedar

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)