Kredit foto: Instagram Ika Nabila

    

Siapa Ika Nabila? Ika Nabila Abdul Rahim atau nama popularnya, Ika Nabella merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia.

Beliau adalah salah seorang bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam pada tahun 2008.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Ika Nabila binti Abdul Rahim.
  • Menggunakan nama komersial, Ika Nabella dan Ika Nabila.
  • Berumur 31 tahun.
  • Kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 22 Jun 1989.
  • Kediamannya terletak di Putrajaya.
  • Merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.
  • Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti nyanyian, Akademi Fantasia Musim 6 seangkatan dengan Stacy, Lufya Omar, Nubhan, Toi, Saida Tarudin dan Nadia Hasnan. Beliau diumumkan tersingkir di minggu kedua selepas mendendangkan lagu tugasan, Kesetiaan dipopularkan Siti Sarah dan Malu Tapi Mahu (Dina).
  • Antara drama dibintanginya seperti Zati & Si Mawas, Kau dan Aku, Cinta Elysa, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Rindu Awak 200℅, Sein Dan Luna, Bahagia Bukan Bidaan dan Patah Sayap Bertongkat Paruh.
  • Termasuk telefilem Suara Dari Kubur, Datang Bulan, Perempuan Neraka, Melodi Sepi, S Untuk Syawal, Dengan Nama Allah, Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Raya dan banyak lagi.
  • Pembabitannya di layar perak menerusi filem Tanda Putera, Awang Gerudi dan Takut Ke Tak.
  • Mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dengan Muhammad Zaid Aznam, seorang kontraktor selepas mengikat tali pertunangan pada 14 Mei tahun sama. Perkongsian hidup itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Noah Zayn pada 23 Oktober 2019. Beliau terdahulu mengalami keguguran pada Februari 2017.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @ikanabella sehingga kini mengumpul lebih 700,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Berketinggian 1.57 meter.
  • Anak perempuan tunggal daripada empat orang adik-beradik.
  • Memulakan karier nyanyian dengan melibatkan diri bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan menjayakan persembahan ke Sarawak, Kelantan, Terengganu dan serata Malaysia.
  • Lakonan sulungnya adalah menerusi drama Zati & Si Mawas pada 2009.
  • Zulkifli M. Osman merupakan sutradara pertama yang menawarkan watak lakonan kepadanya, seterusnya membawa kepada pembabitan beliau sebagai seorang aktres.

   

Foto

biodata ika nabila

wikipedia ika nabella

instagram ika nabella

wikipedia ika nabila

ika nabila kahwin

instagram ika nabila 981

bahagia bukan bidaan

keluarga ika nabila

pelakon sein dan luna

umur ika nabila

Kredit foto: Instagram Ika Nabila

   

Video

Kredit video: Ika Nabella sah bergelar isteri

   

Sumber:

1. Ika Nabella sah bergelar isteri

2. Ika Nabella dapat anak lelaki

3. Ramai Terinspirasi Dengan Pengalaman Breastfeeding, Ika Nabella Bantu Para Ibu Yang Mahu Susukan Bayi Secara Eksklusif

4. Ika Nabella Tidak Trauma Selepas Insiden Dipukul Pengarah Drama

5. Wikipedia Ika Nabila

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)