Biodata

1. Nama lahirnya, Muhammad Afiq Muiz bin Azman Shah, namun menggunakan 'Afiq Muiz' sebagai nama komersial. 

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 1 Mei 1992. Kini berusia 27 tahun (2019).

3. Mempunyai paras ketinggian 1.85 meter.

4. Berpendidikan dalam jurusan Lakonan Dan Seni Persembahan di Akademi Seni Warisan Negara (ASWARA).

5. Menyertai dunia seni sejak tahun 2010.

6. Mempertaruhkan bakat sebagai pelakon dan model.

7. Adiknya, Aishah Azman juga merupakan pelakon.

8. Memilih kerjaya sebagai model sebelum beralih menjadi aktor.

9. Menarik perhatian sutaradara dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam yang menawarkannya watak ASP Roslan dalam drama kepolisan Gerak Khas pada tahun 2014 selama dua musim.

10. Pada Ogos 2016, beliau menukar nama pentasnya kepada Muhamad Afiq sebagai simbol kepada 'kehidupan baharu' susulan beberapa kontroversi yang menghambat.

11. Lain-lain, beliau turut membintangi drama Duyong Aridinata, Aishiteru, Mimpi Cinderella, Bangkitnya Seorang Perempuan, Ayuni Safira, Memori Cinta Suraya, Cinta Hati Abah, Diaspora Cinta, Awak Sangat Nakal, Menanti Februari, Jodoh-Jodoh Annisa dan banyak lagi.

12. Pembabitan dalam telefilem, antaranya menerusi Si Tudung Tweet, Destinasi Cinta Sara, Diam-Diam Rindu, Hati-Hati Yang Bercinta, Kasut Untuk Ayah, Bunga Lalang, Opah Dot Com, Jasmine, Manja dan Nadi Luna.

13. Di layar perak, Afiq menerajui filem Aku Bukan Pengganas arahan Arjin Uppal. Tidak ketinggalan, teater Gelanggang Tok Wali pada 2011.

14. Pernah bergelar peserta MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua pada 2013.

15. Mendirikan rumah tangga dengan aktres baharu, Pachara Apin atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya pada 26 Mac 2019 dalam pernikahan yang berlangsung di sebuah masjid di Bangi, Selangor. Mereka terlebih dahulu mengenali hati budi setahun lalu, sebelum mengikat tali pertunangan enam bulan berikutnya.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon afiq muiz 2

biodata dan latar belakang pelakon afiq muiz 3

biodata dan latar belakang pelakon afiq muiz 4

biodata dan latar belakang pelakon afiq muiz 5

biodata dan latar belakang pelakon afiq muiz 6

Kredit foto: Instagram Afiq Muiz

Video

Kredit video: Youtube Budiey Channel

Sumber:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)