Oleh pada 28 Feb 2025 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Malaysia

       

Drama bersiri 'Dendam Seorang Madu', hasil terbitan MIG Production, mengisi slot Tiara Astro Prima bersempena kedatangan Ramadan tahun ini.

         

dendam seorang madu drama

Kredit foto: Instagram Hannah Delisha

        

Menjangkau tayangan perdana pada 3 Mac 2025, drama ini bakal disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima, selain boleh distrim di On Demand, Astro Go dan Sooka.

        

Sinopsis

Dendam Seorang Madu mengisahkan tentang Putri Rayhana, seorang gadis yang hidupnya penuh liku, dihimpit kemiskinan dan penderitaan. Bersama neneknya yang keras disiplin dan seorang ibu yang tenggelam dalam masalah mentalnya sendiri, Putri Rayhana sedaya upaya mencari jalan untuk mengubah nasib mereka. Impiannya ingin menyambung pelajaran dan membawa keluarganya keluar dari kegelapan hidup.

Namun, realiti tidak seindah impian. Apabila ibunya memerlukan rawatan, Putri Rayhana dipaksa memilih antara masa depan atau pengorbanan. Demi menyelamatkan wanita yang melahirkannya, dia akur pada kehendak neneknya — menjadi isteri kepada seorang lelaki bernama Faris Alfian, anak kepada CEO sebuah syarikat ternama.

Namun perkahwinan itu bukan seperti dongeng indah yang dijanjikan. Selepas bergelar isteri, Putri Rayhana menyedari dirinya hanyalah seorang madu dalam rumah tangga rahsia Faris. Isteri pertama lelaki itu, Izara, merupakan seorang setiausaha yang panas baran dan penuh kebencian. Namun, perkara itu mesti dirahsiakan daripada Hanum, ibu mentua yang menyimpan agenda gelap — memastikan anaknya satu-satunya pewaris empayar keluarga.

Di sebalik semua permainan kuasa ini, Putri Rayhana akhirnya sedar dia hanyalah bidak dalam perancangan besar Hanum, yang mengintai harta pusaka peninggalan arwah bapanya. Namun Putri Rayhana tidak bersendirian. Megat Akiff, sepupunya, muncul sebagai penyelamat yang mahu menuntut kembali haknya yang cuba dirampas.

Namun, perjuangan mereka tidak mudah. Nyawa Putri Rayhana hampir melayang dalam cubaan menamatkan riwayatnya yang dirancang demi menghapuskan waris sebenar harta pusaka. Tetapi dia tidak akan membiarkan dirinya menjadi mangsa selama-lamanya. Selepas berjaya meloloskan diri, Putri Rayhana bangkit dengan identiti baharu, membawa misi membalas dendam terhadap Faris, Izara dan Hanum.

Begitupun, dalam dendam yang menyala, sebuah rahsia hitam akhirnya terbongkar.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu (Slot Lestary TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 (Slot Akasia TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku (Slot Megadrama Astro Ria)

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Astro (2025) Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 (2024 / 2025) Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

        

dendam seorang madu sinopsis

Kredit foto: Instagram Hannah Delisha

        

Pelakon / Cast

Penceritaan drama ini diterajui oleh gandingan Redza Rosli, Hannah Delisha, Sweet Qismina, Lorenzo Irmann dan Emelda Rosemila.

        

dendam seorang madu pelakon

Dendam Seorang Madu, karya yang bukan adaptasi novel, akan mengambil alih slot siaran Tiara selepas tamatnya siri Berbahagi Suami. Kredit foto: Instagram Hannah Delisha

       

Watak-watak sampingan turut digerakkan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Shah Iskandar, Lisdawati, Azizah Mahzan, Aida Khalida, Zeera Azizi, Hanna Halim dan Dian P Ramlee.

        

Watak Pelakon

Redza Rosli sebagai Faris Alfian

Hannah Delisha sebagai Putri Rayhana

Sweet Qismina sebagai Izara

Emelda Rosmila sebagai Hanum

Shah Iskandar sebagai Imran

Lisdawati sebagai Ramlah

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd, drama ini hadir daripada ilham skrip nukilan penulis Firul Akmal bersama panel skrip MIG, di bawah sentuhan pengarahan sutradara sohor, Riza Baharudin.

       

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Tipu Helah

Penyanyi: Hannah Delisha

        

dendam seorang madu episode

Kredit foto: Instagram Hannah Delisha

        

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Melangkah ke skrin TV mulai 3 Mac 2025, drama 50 episod ini disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di slot Tiara Astro Prima, di samping boleh ditonton secara dalam talian di On Demand, Astro Go dan Sooka.

       

Jadual tayangan:-

Minggu 1 - Episod 1, 2, 3, 4, 5

Minggu 2 - Episod 6, 7, 8, 9, 10

Minggu 3 - Episod 11, 12, 13, 14, 15

Minggu 4 - Episod 16, 17, 18, 19, 20

Minggu 5 - Episod 21, 22, 23, 24, 25

Minggu 6 - Episod 26, 27, 28, 29, 30

Minggu 7 - Episod 31, 32, 33, 34, 35

Minggu 8 - Episod 36, 37, 38, 39, 40

Minggu 9 - Episod 41, 42, 43, 44, 45

Minggu 10 - Episod 46, 47, 48, 49, 50

        

Tajuk cerita? Dendam Seorang Madu

Berapa episod? 50 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila dan tayang pukul berapa? Mulai 3 Mac 2025, jam 6 petang

Tonton di mana? Astro Prima (Saluran 105) dan platform streaming online, On Demand, aplikasi Astro Go dan Sooka

       

Kredit video: Dendam Seorang Madu Official Trailer

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)