Oleh pada 02 Sep 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Sooka Malaysia

Kau vs Aku yang merupakan siri asal Sooka (Siri Originals Sooka) ialah drama adaptasi web novel Wattpad karya oleh penulis Nurul Husnina Mockthar atau lebih dikenali sebagai Shieyruna yang telah mendapat lebih 2 juta bacaan di platform tersebut.

Manakala dalam versi drama, ia kini telah mencatatkan lebih 100 juta tontonan pada aplikasi TikTok dan merupakan program nombor satu paling popular di platform penstriman Sooka.

kau vs aku wattpad

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sinopsis

Siri yang mengisahkan zaman persekolahan antara kesedihan, simpati, kekuatan persahabatan dan 'cinta monyet'.

Kisah seorang penulis berbakat besar berusia 16 tahun, Aulia Zulaikha, yang hidupnya kucar-kacir apabila 'influencer' remaja popular di Instagram yang dibencinya, Danish Aryan, berpindah ke sekolahnya.

Namun keadaan permusuhan Aulia dengan Danish berubah apabila Aulia menjadikan Danish jalan keluar ketika bapanya cuba menjodohkan dia dengan Emir.

Mungkinkah permusuhan antara dua remaja ini bertukar menjadi cinta?

Episod 1 : Pertemuan

Kehadiran Danish, influencer yang dibenci Aulia, mengejutkan gadis itu. Aulia semakin tertekan apabila ayahnya cuba menjodohkan dia dengan Emir, saudaranya sendiri.

Episod 2 : Pergaduhan

Aulia dan Danish bermusuh di sekolah mereka. Timbul rasa cemburu di hati Hannisya lebih-lebih lagi apabila Aulia dan Danish menjadi AJK Keceriaan Kelas.

Episod 3 : Perkhemahan

Kehadiran Emir di rumahnya memaksa Aulia menghadiri kem kadet, tetapi Luqman mengganggunya di kem itu. Tanpa disangka, Danish datang membela Aulia.

Episod 4 : Pencarian

Ocean, kucing Aulia, masuk ke dalam rumah Danish, tetapi Danish tidak tahu bahawa kucing itu milik Aulia. Danish menjaga Ocean dengan baik, namun apabila Ocean hilang dari rumah Danish, operasi mencari Ocean berakhir dengan kemalangan.

Episod 5 : Percutian

Hubungan Aulia dan Danish semakin rapat selepas kedua ibu mereka merancang percutian keluarga bersama. Aulia dan Danish menghadiri majlis sambutan hari lahir Hannisya sebagai pasangan.

Episod 6 : Perlawanan

Luqman sekali lagi mengganggu Aulia. Danish menurut egonya untuk menjadikan Aulia sebagai habuan dalam perlawanan bola sepak antara dia dan Luqman.

Episod 7 : Penerbangan

Aulia kecewa apabila Danish merahsiakan kepulangannya ke Melbourne tidak lama lagi. Luqman mengambil kesempatan ke atas Aulia, tetapi Emir datang menyelamatkannya.

Episod 8 : Perpisahan (Episod Akhir)

Apabila Danish sudah tiada, Aulia tiada pilihan lain selain bertunang dengan Emir seperti suruhan ayahnya. Hakikatnya Emir bukanlah lelaki yang memahami jiwa Aulia. Kerana rindu, Aulia ingin mencari Danish di Melbourne.

kau vs aku sooka

Kredit foto: Instagram Imran Aqil

Pelakon / Cast

Drama Kau VS Aku membawakan gandingan Dini Schatzmann dan Shasha Abedul sebagai watak utama, dan menambah kehangatan dengan kehadiran pelakon muda yang sedang meningkat naik dan juga yang berpengalaman iaitu Chubb-E, Imran Aqil, Arena Wan, Atikah Suhaimie, Mia Sara Shauki, Fimie Don, Hafidz Roshdi, Emelda Rosemila, Marisa Yasmin, Arash Mohamad, Danish Hazriq, Serra Kamal, Aznie Azmi dan Azhar Amir.

Watak Pelakon

Shasha Abedul sebagai Aulia Zulaikha

Dini Schatzmann sebagai Danish Aryan

Chubb-E sebagai Zafran (Zhaf)

Imran Aqil sebagai Ashraf

Arena Wan sebaga Syafikah

Atikah Suhaimie sebagai Hannisya

Mia Sara Shauki sebagai Shanina

Fimie Don sebagai Luqman

Hafidz Roshdi sebagai Emir

Emelda Rosemila sebagai Puan Emelda

Marisa Yasmin sebagai Puan Shikin

Arash Mohamad sebagai Encik Ridhuan

kau vs aku episod

Kredit foto: Instagram Arena Wan

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Siri Kau vs Aku adalah gabungan arahan tiga pengarah hebat iaitu Shamyl Othman (pengarah Ex Aku Pontianak dan Gantung), Megat Shahrizal (pengarah Jibril) dan Siti Afizah (pengarah Sa-balik Baju).

Siri yang mendapat kerjasama daripada PUBG Mobile ini merupakan terbitan Wattpad Webtoon Studios hasil penulisan skrip oleh Anwar Hadi, Farah Alya As'ari dan Afiza Asram.

kau vs aku pelakon

Kredit foto: Instagram Dini Schatzmann

Waktu Siaran

Telah menemui penonton melalui aplikasi online Sooka, dengan episod baharu disiarkan setiap hari Jumaat untuk sejumlah 8 episod bermula pada 19 Ogos 2022.

Episod pertama boleh ditonton secara percuma di aplikasi, tetapi episod seterusnya hanya tersedia dengan pelan langganan mudah alih sooka iaitu pelan VIP Entertainment pada harga RM15.90/bulan, atau pelan VIP TV pada harga RM42.50 sebulan.

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 'Best', Mesti Tonton (2021 / 2022) - Juga Tersedia Online!

Kredit video: Tayangan Perdana Kau VS Aku Episod 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)