Oleh pada 19 Jun 2020 kategori

Kredit foto: Instagram TV Okey

    

Akulah Cinderella merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 lakonan utama Nafiez Zaidi dan Oktovia Manrose.

Diadaptasi daripada novel dengan judul sama tulisan Nozi Danisya, drama rantaian arahan Dato TS Jeffry ini bakal ditayangkan di saluran TV Okey (Astro 146) mulai 19 Jun 2020.

    

drama akulah cinderella

Kredit foto: Instagram Nafiez Zaidi

   

Sinopsis

Nur Aisyah (Oktovia Manrose), seorang gadis manis yang terpaksa menamatkan persekolahan demi menggalas tanggungjawab menyara lima orang adiknya selepas kematian ibu bapa mereka.

Kerana enggan dibuli masyarakat, Nur Aisyah nekad membawa diri sebagai gadis tomboi, lalu digelar ramai dengan nama panggilan 'Syah'.

Suatu hari, ketika Nur Aisyah pulang dari kerja menaiki basikal, dia telah bertembung dengan kereta seorang lelaki kaya bernama Shafiq (Nafiez Zaidi) yang juga jejaka panas baran dan bermulut celupar, sebelum tercetusnya 'perang besar' antara mereka!

Dalam satu lagi insiden, Nur Aisyah telah menyelamatkan nyawa ibu Shafiq iaitu Datin Zulaikha (Kay Maria), seorang wanita berharta yang pemurah dan terhutang budi dengannya, juga bersimpati dengan kesusahan hidup dilaluinya.

Datin Zulaikha nekad mengambil Nur Aisyah dan adik-adiknya sebagai anak angkat dan perkara itu diputuskan tanpa pengetahuan Shafiq!

Apakah reaksi Shafiq selepas mendapat tahu hakikat berkenaan? Adakah dia dan Nur Aisyah mampu berdamai?

Bagaimana pula layanan Nur Aisyah terhadap Shafiq? Adakah dia akan selamanya bersikap dingin dan berselindung di sebalik perwatakan kasarnya?

    

akulah cinderella episod

Kredit foto: Instagram Kay Maria

    

Pelakon

Gandingan pasangan pelakon Nafiez Zaidi dan Oktovia Manrose.

Antara lain dijayakan Wanns Ahmad, Kay Maria, YY Aleyqa, Umie Danish, Xid Haixal dan Jack Hadzriel.

    

Baca: Biodata Pelakon Nafiez Zaidi

Baca: Biodata Pelakon Oktovia Manrose

Baca: Biodata Pelakon Wanns Ahmad

     

novel akulah cinderella

Kredit foto: Instagram Oktovia Manrose

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan sutradara Dato TS Jeffry menerusi syarikat penerbitan Pentas Wayang Productions Sdn Bhd.

   

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Akulah Cinderella

Penyanyi: Wanns Ahmad & Oktovia Manrose

Komposer: Man Khan

Lirik: Man Khan

            

pelakon akulah cinderella

Kredit foto: Instagram Oktovia Manrose

   

Waktu Siaran

Tayangan setiap hari, jam 7 malam di saluran TV Okey (Astro 146), mulai 19 Jun 2020 selama 13 episod.

    

Kredit video: Sedutan Drama "Akulah CInderella"

   

Sumber:

1. Youtube Pentas Wayang Channel

2. Goodreads

3. Instagram TV Okey

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)