Oleh pada 12 May 2020 kategori

Kredit foto: Instagram TV Okey

   

Leon Zalika merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Shuhaimi Lua, dibintangi Dini Schatzmann dan Riena Diana.

Siri ini mula bersiaran sejak 24 April 2020 di saluran TV Okey (Astro 146), juga boleh didapati secara atas talian di myklik.rtm.gov.my.

      

drama leon zalika

Kredit foto: Instagram TV Okey

     

Sinopsis

Zalika (Riena Diana) merupakan seorang anak jutawan yang liar dan suka bersosial.

Selepas dikecewakan lelaki melayu, dia mula mendekati seorang mat salih bernama Leon (Dini Schatzmann) yang tinggal di Kota London.

Dia kemudian disatukan dengan Leon yang merupakan calon pilihan keluarganya pada tiga hari sebelum menjelang Ramadan.

Sangka Zalika, Leon seorang lelaki mat salih yang terbuka sama sepertinya, namun tanggapan itu meleset selepas mendapati dia seorang ustaz yang berperwatakan alim.

     

leon zalika episod

Kredit foto: Instagram TV Okey

    

Pelakon

Lakonan utama Dini Schatzmann dan Riena Diana.

Turut menampilkan Nadia Brian, Mona Allen, Mathni Razak, Dazrin Kamarudin, Raja Ilya, Maria Farida, Muntazar Ghani, Doria Rachel Jolly, Beego, Mustapha Kamal, Sharmaine Farouk, Laila Nasir, Zaefrul Nordin, Sherry Al Jerry dan Rashidah Jaafar.

    

Baca: Biodata Pelakon Dini Schatzmann

Baca: Biodata Pelakon Riena Diana

Baca: Biodata Pelakon Nadia Brian

Baca: Biodata Pelakon Mona Allen

Baca: Biodata Pelakon Mathni Razak

Baca: Biodata Pelakon Raja Ilya

Baca: Biodata Pelakon Doria Rachel Jolly

    

pelakon leon zalika

Kredit foto: Instagram Muntazar Ghani Ghufran

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan Shuhaimi Lua menerusi penerbitan syarikat Orangetree Production.

    

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Aman Aziz - Bukan Lagi (Official Music Video)

   

Tajuk: Bukan Lagi

Penyanyi: Aman Aziz

Komposer: Ikhwan Fatanna, Omar K

Lirik: Ikhwan Fatanna, Omar K

    

leon zalika

Kredit foto: Instagram Dini Azan Schatzmann

    

Waktu Siaran

Ke udara sebanyak 30 episod pada jam 10 malam di saluran TV Okey, siaran setiap hari mulai 24 April 2020.

    

Sumber:

1. Instagram TV Okey

2. SIARAN MEDIA - Program Ramadan Satu Perjuangan RTM

3. Gadis liar jadi sopan

4. Nama melonjak selepas 3 tahun

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)