Kredit foto: Instagram Sharul Kamal

    

Sharul Kamal atau nama sebenarnya Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia.

Beliau adalah pemenang tempat keempat pertandingan realiti televisyen, Akademi Fantasia 2015 (AF2015) musim ke-12.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman.
  • Menggunakan nama pentas, Sharul Kamal.
  • Berumur 24 tahun (2020).
  • Berasal dari Negeri Sembilan.
  • Bakatnya dicungkil daripada program realiti Akademi Fantasia 2015 (AF2015) musim ke-12 yang meletakkannya di kedudukan keempat sewaktu konsert akhir. AF2015 antara lain melahirkan penyanyi Syamel dan Sufi Rashid.
  • Lagu-lagu dipopularkannya termasuk Dengar, Hanya Kamu, Racun Rindu dan Cantik.
  • Antara drama dibintanginya seperti Senafas Rindu dan Adam Chempaka.
  • Akaun Instagramnya yang menggunakan nama @sharulkamal_ sehingga kini mengumpul lebih 238,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Bekas pelajar Sekolah Pondok As-Sofa.
  • Pernah menjuarai pertandingan Qasidah Daerah Rembau dan pertandingan berzanji Daerah Rembau ketika berumur sekitar 12 tahun ke 14 tahun.
  • Meraih tempat keempat pertandingan Tilawah Al-Quran ketika berumur 15 tahun di mana beliau menghafal Al-Quran sehingga juzuk ketiga.
  • Pernah menyertai Akademi Bola Sepak Yayasan Negeri Sembilan.
  • Mula menunjukkan minat dalam bidang seni suara sejak usia 15 tahun menerusi penyertaan dalam kumpulan nasyid sekolah.
  • Melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Kreatif di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana.
  • Meskipun merupakan anak golongan berada, namun beliau pernah mencari pendapatan dengan bekerja sebagai pemotong daging di Johor kerana enggan membebankan kedua orang tuanya.
  • Pada Februari 2020, beliau dilaporkan mengalami simptom influenza MERS CoV (sindrom virus pernafasan timur tengah) selepas menjalani rakaman penggambaran rancangan televisyen di Mesir dan Arab Saudi.

    

Foto

sharul kamal

wikipedia sharul kamal

instagram sharul kamal

sharul kamal af

sharul kamal dulu

shahrul kamal

ibu bapa sharul kamal

Kredit foto: Instagram Sharul Kamal 

    

Video

Kredit video: Cantik - Sharul Kamal [Official Lyric Video]

    

Sumber:

1. Tak pernah rasa tergugat

2. Pulang dari Mesir... Sharul Kamal masuk hospital disyaki influenza MERS CoV - "Saya perlukan doa anda"

3. Wikipedia Akademi Fantasia 2015 (AF2015) Musim 12

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)