Kredit foto: Instagram @fayekusairi

Biodata

1. Nama penuhnya, Dayangku Faratiwan Adnil binti Awang Kusairi.

2. Dikenali sebagai Faye Kusairi.

3. Kelahiran Miri, Sarawak pada 19 Jun 1987.

4. Berusia 32 tahun.

5. Berketinggian 154.5 sentimeter.

6. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

7. Bergelar pelakon, penyanyi dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.

8. Kemunculannya di layar kaca menerusi drama Ammara Batrisya, Misiku Kuza 2, Aku Isterinya, Istikharah Cinta, Tanah Kubur (Musim 13), Kifarah Mistik, Sekali Aku Jatuh Cinta, Pujaan Hati Umi, 7 Hari Mencintaiku, Inspirasi Ramadan, Setia Menunggumu, Isteri-Isteri Ayah dan Setelah Cinta Itu Pergi.

9. Pembabitan di layar perak menerusi filem Cinderella, Pencuri Hati Mr. Cinderella dan Tombiruo: Penunggu Rimba.

10. Pernah meledak dengan single Kau Biarkan yang dipilih sebagai lagu tema drama Pujaan Hati Umi pada 2016.

11. Terkini, beliau dikenali menerusi drama adaptasi novel berjudul 'Cetera Hati Diya' arahan sutradara Raja Mukhriz, siaran TV3 menerusi Slot Samarinda yang antara lain membariskan pelakon Azar Azmi, Fattah Amin, Azrel Ismail, Raja Hakim dan Asha Zainul.

12. Mendirikan rumah tangga dengan sutradara Azmi Hatta yang juga bekas suami penyanyi Elly Mazlein pada 9 April 2017 sebelum dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Alif Azmi pada 9 April 2018.

13. Tampil dengan imej berhijab sejak awal Februari 2016.

Foto

biodata faye kusairi pelakon drama cetera hati diya 2

biodata faye kusairi pelakon drama cetera hati diya 3

biodata faye kusairi pelakon drama cetera hati diya 4

biodata faye kusairi pelakon drama cetera hati diya 5

biodata faye kusairi pelakon drama cetera hati diya 6

Kredit foto: Instagram @fayekusairi

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

      

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. BH Online

3. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)