Oleh pada 18 Aug 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Pengantin Satu Malam merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Eoon Shuhaini dan diterajui oleh Nazim Othman, Amelia Henderson, Afifah Nasir dan Fizo Omar.

Karya adaptasi novel 1001 Malam nukilan Sophilea ini menemui peminat drama melayu mulai 18 Ogos 2020 di slot Akasia TV3 bagi menggantikan siri 7 Hari Mencintaiku 2.

   

pelakon pengantin satu malam

Kredit foto: Instagram @a_10_alliance

    

Sinopsis

Kehadiran Zulaikha (Amelia Henderson) sebagai pekerja baru di cawangan Zahred (Nazim Othman) mengingatkan Zahred kepada bekas kekasihnya, Balqis.

Sejak dikecewakan cinta lampau, Zahred yang membenci kaum wanita, sering mencari kesalahan Zulaikha di tempat kerja serta melonggokkan banyak kerja kepadanya.

Namun Rasul (Fizo Omar) sentiasa memihak kepada Zulaikha dan memujinya.

Suatu hari, Zulaikha yang terdesak mahu mendapatkan duit demi menyelamatkan nyawa ibunya, cuba meraih pinjaman RM100 ribu daripada Zahred.

Malah Zulaikha sanggup mencagarkan rumah demi mendapatkan pinjaman daripada syarikat.

Begitupun Zahred menolak cagaran itu, sebaliknya apa yang dimahukan adalah supaya Zulaikha menjadi 'isteri satu malam' kepadanya.

“A night with me… Dan seratus ribu akan jadi milik awak.”

Satu malam yang mengubah segalanya..

    

novel pengantin satu malam

Kredit foto: Instagram Amelia Henderson

   

Pelakon

Dibintangi Nazim Othman, Amelia Henderson, Afifah Nasir dan Fizo Omar.

Antara lain membariskan Sanjna Suri, Edika Yusof, Norish Karman, Farisha Irwayu, Mustapha Kamal, Sharifah Shahora dan Susan Manen.

   

Baca: Biodata Nazim Othman

Baca: Biodata Amelia Henderson

Baca: Biodata Fizo Omar

Baca: Biodata Afifah Nasir

    

pengantin satu malam episod

Kredit foto: Instagram Fizo Omar

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan Eoon Shuhaini menerusi terbitan produksi A10 Alliance Sdn Bhd.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Satu Malam - Qody Rany

    

Tajuk: Satu Malam

Penyanyi: Qody Rany

Komposer: Audi Mok, Shazee Ishak & Yondie

Lirik: Audi Mok, Shazee Ishak & Yondie

   

sinopsis pengantin satu malam

Kredit foto: Instagram @a_10_alliance

   

Waktu Siaran

Tayangan mulai 18 Ogos 2020 selama 28 episod, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3.

    

Sumber:

1. Instagram @pengantin1malam

2. Tinta Global

3. Youtube Drama Sangat Official

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)