Oleh pada 05 Jan 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Drama Shakira (bukan adaptasi novel) merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2022 yang dilakonkan oleh gandingan Shukri Yahaya dan Janna Nick.

Bakal menemui penonton melalui slot Akasia, saluran TV3 menerusi episod 1 yang dijadualkan ke udara pada 5 Januari 2022 bagi menggantikan siri Kisah Cinta Kita yang melabuhkan tirai.

drama shakira

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Shakira (Janna Nick) terpaksa menamatkan pengajian tahun kedua di sebuah kolej apabila mendapat tahu kakak sulungnya, Hanisah mengalami gangguan mental gara-gara kehilangan bayi yang dilahirkan.

Demi mencari rezeki, Shakira menyambut tawaran sebagai penyanyi live band di negeri Terengganu dan kini dia bergelar busker yang berkhidmat sepenuh masa.

Shakira kemudiannya bertemu dengan Amir (Syukri Yahaya) yang mana hubungan mereka bermula dingin dek reaksi Amir yang seakan tidak menyukainya.

Namun lama kelamaan ikatan yang terjalin bertukar rasa cinta apabila mereka mula merasakan keserasian.

Ketika kemesraan semakin terbit, bekas tunang Amir iaitu Anita (Syerinie Myra) kembali menjengah dalam hidup Amir hingga mencetuskan konfik cinta tiga segi antara mereka.

sinopsis shakira

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Shakira mengetengahkan dua bintang popular tanah air sebagai teraju utama iaitu pelakon Janna Nick dan Shukri Yahaya.

Dibintangi bersama-sama dengan pelakon popular dan handalan, antaranya Khai Bahar, Ikhwan Khairudin, Syerinie Myra, Ramona Zamzam, Melissa Wafa, Edika Yusof dan Marisa Yasmin.

Baca: Biodata Shukri Yahaya

Baca: Biodata Janna Nick

Baca: Biodata Khai Bahar

Baca: Biodata Syerinie Myra

Baca: Biodata Ramona Zamzam

   

Watak Pelakon

Janna Nick sebagai Shakira

Shukri Yahaya sebagai Amir

Khai Bahar sebagai Irdi

Syerinie Myra sebagai Anita

shakira tv3

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah drama daripada Wiranusa Corporation di bawah arahan pengarah terkenal, Idora Abdul Rahman.

Skrip daripada penulis Zarihah Hassan dan Zuraida Ramli.

     

Lagu Tema (OST)

Kredit video: (OST Shakira) Tomok & Fatin Afeefa - Demi Cinta Ini (Official Music Video)

Tajuk: Demi Cinta Ini

Penyanyi: Tomok & Fatin Afeefa

Komposer: Tomok

Penulis lirik: Tomok

sinopsis drama shakira

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

Waktu Siaran

Siri terbaharu slot Akasia TV3 ini mengandungi sebanyak 28 episod dan bakal mengisi slot pukul 7 malam pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 5 Januari 2022, selain tersedia di platform online iaitu di perkhidmatan penstriman, iQiyi.

    

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Ganti baju saya! | Shakira Episod 1 - 1 | iQiyi Malaysia

Sumber:

1. Janna Nick Jadi Penyanyi Dalam Drama Terbaru Ni? Adakah Beliau Shakira Malaysia? Wajib Tonton Ni!

2. Drama Sangat




Hakcipta iluminasi.com (2017)