Oleh pada 25 May 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Elisya Sandha

   

Nasi Kerabu Untuk Che Abe merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 di bawah arahan Heykal Hanifah.

Dibintangi Izzue Islam dan Elisya Sandha selaku tunjang utama, siri ini bakal memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 pada 25 Mei 2020.

   

drama nasi kerabu untuk che abe

Kredit foto: Instagram Elisya Sandha

   

Sinopsis

Shira, Yana dan Zetty merupakan tiga orang gadis cantik di sebuah kolej yang memegang gelaran 'awesome girls'.

Dalam satu insiden, mereka bertiga terserempak dengan Faizul, seorang pemuda kacak dan rupawan yang kemudiannya membuatkan mereka asyik terkenangkannya.

Zetty meraih bantuan Arman untuk bertemu janji dengan Faizul, walaupun dia akhirnya menyedari tiada keserasian antara mereka kerana di matanya, Faizul seorang lelaki yang membosankan.

Malang tidak berbau apabila Faizul terlibat dalam satu kemalangan yang mengakibatkan tulang lengannya retak, lalu ditahan di hospital hingga kisahnya menjadi kecoh di kampus!

   

pelakon nasi kerabu untuk che abe 797

Kredit foto: Instagram Radhi Khalid

      

Pelakon

Diterajui gandingan Izzue Islam dan Elisya Sandha.

Lain-lain watak dijayakan Scha Elinnea, Erynne Erynna, Issey Fazlisham, Neera Azizi, Syainie Shuhaimi, Danny X-Factor, Hariesa DFKL, Jasmin Hamid, Radhi Khalid, Kuna Muzani dan Kamarool Haji Yusoff.

    

Baca: Biodata Pelakon Izzue Islam

Baca: Biodata Pelakon Elisya Sandha

Baca: Biodata Pelakon Scha Elinnea

Baca: Biodata Pelakon Erynne Erynna

Baca: Biodata Pelakon Issey Fazlisham

Baca: Biodata Pelakon Neera Azizi

Baca: Biodata Pelakon Syainie Shuhaimi

    

nasi kerabu untuk che abe episod

Kredit foto: Instagram Radhi Khalid

     

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan sutradara Heykal Hanifah di bawah terbitan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn Bhd.

Heykal Hanifah sebelum ini dikenali menerusi garapannya dalam drama Titian Cinta, Setelah Cinta Itu Pergi, Rumah Siti Khadijah, Begitukah Cinta dan Asmara.

         

Lagu Tema (OST)

Kredit video: OST Nasi kerabu untuk Che Abe | Hey Pria | Tallisya(Official Lyrics Video)

    

Tajuk: Hey Pria

Penyanyi: Tallisya

Komposer: Sharon Paul

Lirik: Allyssa Qasyid & Kamelia Shermain

     

Kredit video: This Is Kota Bharu-Fendi Kenali Feat Denmanjo (Official Music Video)

    

Tajuk: This Is Kota Bharu

Penyanyi: Fendi Kenali feat Den Manjo

Komposer: Den & Fendi

Lirik: Den & Fendi

   

nasi kerabu untuk che abe

Kredit foto: Instagram Elisya Sandha

   

Waktu Siaran

Ke udara sebanyak 13 episod, mulai 25 Mei 2020, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3.

         

Kredit video: Nasi Kerabu Untuk Che Abe Episod 1

   

Sumber:

1. Youtube Drama Sangat Official

2. Instagram Drama Sangat

3. Wikipedia Slot Akasia

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)