Kredit foto: Instagram @jozlynnhanania

    

Penyertaan dalam program Raja Lawak musim pertama membuka ruang kepada pembabitan pelawak Johan dalam lapangan seni hiburan.

Bermula sebagai pelawak, beliau perlahan-lahan mengatur langkah mencipta nama dalam beberapa cabang seni lain seperti lakonan, pengacaraan dan juruhebah radio.

Tanpa disedari, penglibatannya kini sudah mencecah usia 12 tahun.

Jom berkenalan dengan lebih dekat bintang yang cukup dikenali menerusi segmen radio 'Johara Pagi Era' ini.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya Mohd Yazid Lim bin Mohamad Aziz. Menggunakan 'Johan' atau 'Johan Raja Lawak' sebagai nama komersial.

2. Dilahirkan di Ampang, Selangor pada 13 Jun 1984. Kini berusia 35 tahun.

3. Merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2007.

4. Selepas menduduki tangga ketiga dalam program Raja Lawak musim pertama, beliau diberi peranan sebagai hos rancangan realiti terbabit, bermula daripada musim yang kedua.

5. Selain itu, beliau pernah mengacarakan program Jozan Show, Galaksi Sharp, Festival Filem Malaysia ke-23, Achaner Tu Johan, Skool Of Lawak, Betul ke Bohong, Lawak Solo dan Jozan Live.

6. Popularitinya melonjak naik selepas menjuarai pertandingan realiti, Maharaja Lawak Mega 2012 menerusi kumpulan Jozan yang turut dianggotai pelawak Zizan Razak.

7. Antara drama dibintanginya seperti LawaKing, Chaparela, Rabunnya Cinta, Alang Menanti Malang, Jejaka J, Edisi Khas, S.Y.O.K. dan Elly & Epit.

8. Termasuk telefilem Awek Ku Bukan Awek Mu, Osman Brani, Halimah Jongang, Hang Pa La Hang Tu, Drogba & Rooney, Puding Bling-Bling, Syawal Pertama dan Hantu Bluerey.

9. Pembabitannya di layar lebar menerusi filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Raya Tak Jadi, Libas, Bujang Terlajak, Uncle Usin, Berani Punya Budak dan Papadom 2.

10. Turut dikenali sebagai penyampai radio Era untuk segmen pagi, gandingan bersama Ray dan Hanif menerusi nama gabungan mereka, 'JoHaRa Pagi Era'.

11. Meraih trofi Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, Rancangan Radio Terbaik bersama (Ray & Haniff) di Anugerah Shout 2013, Penyampai Radio Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2015 dan banyak lagi.

12. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Rozlinawaty Ismail atau Ozlynn Waty sebelum memasuki dunia hiburan lagi. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Ahmad Sodiq Hainana, Nur Latifah Chantiq Hanania dan Nur Latifah Moleiq Hanania .

    

Fakta Menarik

  • Berdarah campuran Cina di sebelah ibu, manakala bapanya berbangsa Melayu.
  • Anak saudara kepada pelawak veteran, Salih Yaacob.
  • Peminat nombor satu kelab bola sepak Arsenal.

   

Foto

johan raja lawak ahmad ariq hanania bin mohd yazid lim

johan raja lawak ig

nama penuh anak anak johan dan ozlyn

anak johan raja lawak

ozlynn wati

Kredit foto: Instagram @jozlynnhanania

    

Video

Kredit video: Youtube ERA

    

Sumber:

1. Wikipedia Johan Raja Lawak

2. Johan Raja Lawak Akui Nikah Ozlyn 5 Tahun Lalu

3. 10 Artis Malaysia Yang Ada ‘Bau-bau Bacang’ Sesama Artis Yang Mungkin Korang Tak Tahu

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)