Kredit foto: Instagram Pian Cecupak & Facebook Rafik Raman

Siapa Pian Cecupak? Pemilik nama penuh Mohd Rafik Abdul Raman ini merupakan seorang pelawak dan pengacara Malaysia yang pernah menganggotai kumpulan komedi popular, Cecupak di era 1990-an.

Biodata Terkini

Nama sebenar: Mohd Rafik bin Abdul Raman

Nama komersial: Pian Cecupak

Umur: 52 tahun (2022)

Tarikh lahir: 29 Mac 1970

Keluarga: Anak kedua daripada enam adik beradik

Kerjaya: Pelawak dan pengacara

Latar Belakang

1. Bakatnya dikesan ketika menyertai rancangan pencarian bakat, Sinaran Pasport Kegemilangan siaran saluran TV3 pada era 90-an.

2. Beliau kemudian bergelar salah seorang ahli kumpulan lawak, Cecupak yang ditubuhkan pada tahun 1998, sebelum menempa populariti dalam bidang seni.

3. Cecupak turut dianggotai Allahyarham Pak Lah, Pak Jaih, Ucop dan Ropie.

4. Pada Mei 2014, beliau bersama dua lagi rakan artis iaitu Boy Iman dan penyanyi Nash Lefthanded mendapat Darjah Jaksa Naning Melaka yang membawa kepada gelaran Datuk.

5. Pernah berkahwin, namun bercerai dengan bekas isteri pada 2000. Perkongsian hidup mereka dianugerahkan dua orang anak bernama Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin.

6. Menetap di rumah ibunya terletak di Taman Datuk Senu, Sentul, Kuala Lumpur.

7. Meninggal dunia pada 26 Januari 2022 dipercayai mengalami serangan jantung selepas ditemui ibunya terbaring dalam bilik air di rumah mereka pada jam 8 malam.

8. Difahamkan, kesihatan arwah merosot sejak kebelakangan ini kerana sering mengadu sakit dada.

9. Malah beliau mempunyai masalah jantung sejak 2018. Sejak itu, kehidupannya hanya bergantung kepada ubat-ubatan.

10. Arwah pernah dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana kesukaran bernafas pada Oktober 2018 yang membawa kepada pengesahan doktor mengenai serangan jantung dihidapi akibat masalah jantung tersumbat.

Gambar Dulu Dan Sekarang

pian cecupak   

anak pian cecupak

pian cecupak meninggal

pian cecupak terkini

kumpulan cecupak

cecupak

ahli kumpulan cecupak

pian cecupak dapat gelaran datuk

pian cecupak dulu dan sekarang

gambar pian cecupak dulu dan sekarang

pian cecupak 2021

Kredit foto: Instagram Pian Cecupak & Facebook Rafik Raman

Video

Kredit video: Pian Cecupak mohon maaf kepada semua | Melodi 2018

Sumber:

1. Pian Cecupak meninggal dunia

2. Pian Cecupak meninggal dunia

3. Pian (Cecupak) Alami Gangguan Mental Kerana Gelaran Datuk




Hakcipta iluminasi.com (2017)