Kredit foto: Instagram Rahim Sepahtu

   

Siapa Rahim Sepahtu? Rahim Mat Ali atau nama popularnya, Rahim Sepahtu merupakan seorang pelakon, pelawak dan juruhebah radio Malaysia.

Beliau adalah anggota kumpulan lawak, Sepahtu yang turut disertai Jep, Shuib dan Ilya Buang (Pak Ya).

   

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Rahim bin Mat Ali.
  • Menggunakan nama pentas, Rahim Sepahtu.
  • Berumur 51 tahun.
  • Kelahiran Klang, Selangor pada 26 April 1970.
  • Menyinari dunia hiburan sejak tahun 2011 sebagai seorang pelakon, pelawak dan penyampai radio.
  • Antara siri dibintanginya seperti Sepahtu Reunion Live, Sepahtu Reunion, Joras and Star, Karoot Komedia X Musim 3, Oh My English Musim 3 dan Oh My English Class of 2015.
  • Juga telefilem Ustaz Ku Takut Kau Datang, 7 Petola Cinta, Joras: Van Hj Mursyid, Oh My English! Villa Isabellaaa, Raya Rabak 3 dan Drogba & Rooney.
  • Kemunculannya di layar lebar menerusi filem Zack Kapcai, Suatu Malam Kubur Berasap 2, Legenda Budak Hostel, Keranda Tok Wan Terbang, Lu Gua Bro dan Pak Pong.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Norazlin Abdullah (Kolin) dengan kurniaan empat orang anak iaitu Shafiariza Amira, Aidil Aiman, Airina Shazlein dan Harith Haikal.
  • Berkahwin dengan isteri keduanya, Lily Khay yang berasal dari Simpang Renggam, Johor pada 2015.
  • Akaun Instagramnya (IG) atas nama @rahimr2 sehingga kini mencatatkan lebih 440,000 pengikut.

   

Baca: Biodata Jep Sepahtu

Baca: Biodata Shuib Sepahtu

Baca: Biodata Ilya Buang (Pak Ya) Sepahtu

Baca: Biodata Sari Yanti, Isteri Jep Sepahtu

    

Perjalanan Karier Seni

  • Bakatnya dikesan daripada program pencarian bakat komedi, Raja Lawak musim kelima pada 2011 menerusi kumpulan R2 yang turut dianggotai adiknya, Ridhzuan.
  • Mereka kemudian mencuba nasib dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012.
  • Terlibat dalam projek istimewa bersama kumpulan Sepahtu dalam Maharaja Lawak Mega 2013.
  • Maharaja Lawak Mega 2014 pula menyaksikan gandingannya bersama Along Cham dan Joey menerusi kumpulan Jalor.
  • Beliau bersama Tomok menyertai Juara Parodi 2015 dengan menggunakan nama kumpulan, Cuba Teka.
  • Maharaja Lawak Mega 2016, 2017 dan 2018 pula menyaksikannya bersama Shuk dan Joey menerusi kumpulan Joras.
  • Maharaja Lawak Mega 2019 melibatkan penyertaannya bersama Bell Ngasri dan Chiwan menerusi kumpulan Rojak.
  • Lain-lain pertandingan yang disertai termasuk Super Spontan, Super Spontan All Stars, Super Spontan Superstar dan Muzikal Lawak Superstar.
  • Antara lain, pembabitan beliau sebagai penyampai radio Sinar FM pada 2015 bersama kumpulan Sepahtu yang turut dianggotai Jep dan Shuib menerusi rancangan Sepahtu Sinar yang kini dikenali sebagai Pagi Di Sinar yang melibatkannya bersama Jep Sepahtu dan Angah Raja Lawak.

   

Foto

rahim sepahtu

isteri rahim sepahtu

anak rahim sepahtu

isteri pertama rahim sepahtu

umur rahim sepahtu

sepahtu

shuib sepahtu 893

rahim sepahtu wikipedia

sepahtu reunion 35

sepahtu 2020

Kredit foto: Instagram Rahim Sepahtu

   

Video

Kredit video: Hitam Putih Kehidupan Rahim

    

Sumber:

1. “Sebelum mengata laki aku tengok laki sendiri dulu!” - Isteri Rahim Sepahtu dedah ada pihak cuba rosakkan rumah tangga

2. Semua Anggota Sepahtu Bergabung Dalam Sepahtu Reunion

3. Wikipedia Rahim R2

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)