Kredit foto: Instagram Namie Smy , Facebook Namie Smy

Siapa Cikgu Namie Smy? Najmi Shaharudin atau lebih dikenali sebagai Namie merupakan personaliti media sosial dan pencipta kandungan kelahiran Malaysia.

    

Namanya kini tersenarai sebagai salah seorang peserta program komedi popular, Muzikal Lawak Superstar (MLS) 2022 berganding bahu bersama Fad Bocey dan Sharif Zero membentuk kumpulan baharu bernama UBI.

   

Biodata Cikgu Viral, Namie Smy (Kumpulan Ubi), Personaliti TikTok, Peserta Muzikal Lawak Superstar 3

Nama sebenar: Najmi bin Shaharudin

Nama pentas: Namie, Namie Smy, Najmi Shaharudin

Umur: 26 tahun (2022)

Tarikh lahir: 17 September 1996

Asal: Negeri Sembilan, Malaysia

Tempat tinggal: Batu Kikir, Negeri Sembilan

Keluarga: Anak bongsu daripada empat orang adik beradik

Pendidikan: Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Muzik daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun tahun 2019

Kerjaya: Personaliti media sosial, pelakon, pelawak

Instagram (IG): @namiesmy

Facebook: Namie Smy (Page)

Tiktok: namie_smy

Bigo ID: namiesmy

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Serting Ulu sebagai guru dalam mata pelajaran muzik.

2. Terkenal dengan video bebelannya dalam loghat 'nogori' (Negeri Sembilan) di medsos, terutamanya pada aplikasi TikTok.

3. Mempunyai wajah mirip penyanyi popular, Hael Husaini.

4. Smy dalam nama pentasnya diilhamkan daripada singkatan nama bapanya, Shaharudin Mohd Yunus.

5. Pernah menjadi model untuk muzik video lagu hari raya Hael Husaini berjudul Bersyukur Seadanya pada tahun 2019.

6. Terjun ke dalam bidang lakonan menerusi naskhah pertama, filem dialek Negeri Sembilan, Gadis Jolobu The Movie, diikuti filem JanGo.

7. Sudah berkahwin. Hasil perkongsian hidup bersama isteri sehingga kini, dia dikurniakan dua orang anak.

8. Berbanding personaliti di luar, dengan keluarga dia seorang yang serius dan tegas sedikit. Dalam kalangan orang yang tidak dikenali dia lebih selesa berdiam diri selagi tidak bertegur sapa.

9. Juga menyimpan bakat dalam bidang nyanyian.

10. Pada Muzikal Lawak Superstar (MLS) 3, Namie bersaing bersama kumpulan Ubi yang dianggotai bersama pelawak, Fad Bocey dan Sharif Zero.

     

Baca: Ubi Superstar Live : Info Penuh, Sinopsis Episod Mingguan (Astro Warna) 2023

Baca: Keputusan Mingguan Markah Peserta Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3)

Baca: Info Penuh Program Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3) Astro Warna

Baca: Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3) Astro Warna

Gambar

namie smy

peserta muzikal lawak superstar 2022 730

namie 154

cikgu namie

namie muzikal lawak superstar

muzikal lawak

kumpulan ubi

muzikal lawak superstar 2022 835

muzikal lawak superstar 182

Kredit foto: Instagram Namie Smy , Facebook Namie Smy

   

Video

Kredit video: Muzikal Lawak Superstar Minggu 3 - Ubi

   

Sumber:

1. ‘Menghiburkan netizenlah benda yang boleh buat saya legakan tekanan’ – Najmi

2. Namie cikgu viral ‘kembar’ Hael Husaini dapat offer jadi pelakon filem, tak sabar nak beraksi!

3. Instagram Namie Smy




Hakcipta iluminasi.com (2017)