Kredit foto: Instagram Zoey Rahman

     

Siapa Zoey Rahman? Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman yang lebih terkenal sebagai Zoey Rahman merupakan seorang aktor, model, hos dan ahli perniagaan Malaysia.

Beliau mula dikenali umum menerusi kerjaya sebagai pengacara dalam rancangan kanak-kanak.

   

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Mohd Hairey Azhar bin Abdul Rahman.
  • Menggunakan nama komersial, Zoey Rahman.
  • Berumur 36 tahun.
  • Kelahiran Besut, Terengganu pada 3 Januari 1985.
  • Bergiat dalam bidang seni sebagai seorang pelakon, model, pengacara dan usahawan sejak tahun 2006.
  • Antara drama televisyen dibintanginya seperti Bong (Musim 1),Tuan Rumah Pembantu Rumah, Anakku Diva, Mat Rukun, Cik Sempurna dan Madam E-Wallet.
  • Juga telefilem Rembau Ada Wifi, Imam Bisu, Yang Mana Satu, Apabila Isteriku Melatah, Permata Hati dan Uniknya Cinta.
  • Kemunculannya di layar perak menerusi filem Lagenda Budak Setan, Tanda Putera, Manisnya Cinta Di Cappadoccia, Aku Haus Darahmu dan Awang Gerudi.
  • Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah menghoskan program Gerak Geri Gasing, Harta Dalam Stor, Siapa Ligat, Rekativiti, Gaya R, Kenali Pemimpin dan Sekarang Baru Tahu.
  • Menceburi bidang perniagaan menerusi jenama Mika Series yang merangkumi produk kosmetik dan pakaian yang diusahakan sejak 2016.
  • Akaun Instagramnya atas nama @zoeyrahman sehingga kini memperoleh lebih 867,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Berketinggian 1.73 meter.
  • Anak keempat daripada lima orang adik-beradik.
  • Mula terjun dalam dunia hiburan menerusi penglibatan sebagai model.
  • Pernah bersaing dalam rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia dan Liga Lawak Superstar (Musim 2).
  • Pernah melebarkan sayap kerjaya ke negara Indonesia.
  • Pernah muncul dalam video muzik lagu Cinta Mati dendangan KLEO Band pada 2014.
  • Pada 2015, beliau mendedahkan hubungannya dengan seorang wanita berkelulusan bidang undang-undang berakhir yang mana mereka sepatutnya dijadualkan berkahwin pada hujung tahun berkenaan.

   

Baca: Biodata Siti Nordiana

   

Foto

zoey rahman

mat rukun

zoey rahman umur

zoey rahman ig

zoey rahman profile

biodata zoey rahman

zoey rahman wikipedia

keluarga zoey rahman

drama zoey rahman

siti nordiana 177

Kredit foto: Instagram Zoey Rahman

   

Video

Kredit video: #sudyrTanya live bersama Zoey Rahman

   

Sumber:

1. Zoey reda cinta berkubur

2. 'Dia bukan jodoh saya'

3. Bakat Khas Usahawan dan 'Most Admired Leaders' untuk Zoey Rahman

4. Wikipedia Zoey Rahman

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)