Mohd Faizal bin Yusup atau nama popularnya, Faizal Yusof merupakan pelakon lelaki Malaysia yang pernah mewarnai dunia seni dari tahun 2003 hingga 2010.

Beliau yang juga bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana menghembuskan nafas terakhir pada 1 Januari 2011 di Pusat Rawatan Islam, Selangor, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda.

Ketika itu Allahyarham sempat menyelesaikan penggambaran drama Tiramisu dan telefilem Jangan Hantar Aku Ke Neraka.

     

Biodata

  • Nama sebenarnya, Mohd Faizal bin Yusup.
  • Menggunakan nama komersial, Faizal Yusof.
  • Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 13 Jun 1978.
  • Merupakan pelakon yang pernah menghiasi dunia hiburan dari tahun 2003 hingga 2010.
  • Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Hero Remaja 2000/01 yang turut melahirkan pelakon Zed Zaidi selaku juara musim berkenaan.
  • Antara drama dibintanginya seperti CID 3278, Manjalara, Spa Q, Tower 13, Adamaya dan Tiramisu.
  • Termasuk telefilem Blok 404, Neon, Surat Untuk Bulan, Zaharul vs Zarina, Cikgu Badar, Jangan Hantar Aku Ke Neraka dan banyak lagi.
  • Turut membuat kemunculan di layar lebar menerusi filem Gong pada tahun 2006.
  • Pemegang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2011 menerusi telefilem Jangan Hantar Aku ke Neraka.
  • Mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Siti Nordiana pada 29 April 2006, sebelum memutuskan untuk bercerai pada 14 September 2009. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan anak lelaki bernama Mohd Rayyan Nakhaie.
  • Beliau kemudiannya berkahwin dengan Rosmunira Rashid pada 2010 dan menerima zuriat dinamakan sebagai Muhammad Raqqim Fyzal.
  • Meninggal dunia pada 1 Januari 2011 sewaktu usia 33 tahun kerana serangan jantung. Beliau meninggalkan isteri keduanya yang ketika itu sedang sarat hamil lima bulan.

    

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Seorang Perempuan, Adaptasi Novel Kisah Hidup Siti Nordiana (TV9)

Baca: Biodata Penyanyi Siti Nordiana

Baca: Selain Rayyan Nakhaie, Inilah Wajah Seorang Lagi Anak Siti Nordiana Yang Ramai Tak Tahu!

    

Foto

faizal yusof

suami siti nordiana

anak siti nordiana

siti nordiana kahwin

bapa mohd rayyan nakhaie

    

Video

Kredit foto: Pelakon Faizal Yusuf Meninggal Dunia LIVE TV1 @ 01012011@ 2.30pm

    

Sumber:

1. Faizal Yusup Meninggal Dunia

2. Wikipedia Faizal Yusof

3. Siti Nordiana mengaku sudah diceraikan dengan talak dua

4. 'Inilah dua hero saya'

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)