Kredit foto: Instagram Yazid Izaham

Biodata

1. Nama lengkapnya, Muhammad Yazid bin Mohd Izaham.

2. Popular sebagai Yazid Izaham.

3. Berasal dari Kuala Lumpur.

4. Berusia 21 tahun (2019).

5. Berketinggian 174 sentimeter, manakala beratnya 55 kilogram.

6. Anak bongsu daripada empat adik-beradik.

7. Mengikuti pengajian jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Kuantan.

8. Artis naungan syarikat rakaman Aries Music yang antara lain disertai Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Fara Hezel, Fieya Julia, Luqman Faiz dan kumpulan Dadilia Band.

9. Bakatnya dikesan selepas gemar memuat naik video nyanyian di laman sosial Smule dan Instagram.

10. Pernah mencetus perhatian menerusi nyanyian lagu cover 'Warkah Untukku' dendangan asal Ara AF.

11. Bercita-cita menjadi jurutera, sementara bidang nyanyian pula diletakkan sebagai kerjaya sambilan.

Fakta Menarik

  • Mula menyertai dunia seni suara sejak umur empat tahun.
  • Warna kegemarannya - hitam dan putih.
  • Chicken Grill dan Laici Susu sebagai hidangan kesukaan.
  • Menjadi penyanyi kerana ingin melunaskan impian bergelar bintang, selain meringankan beban ekonomi keluarga.
  • Di laman Youtube, video muzik single pertamanya, Mudahnya Kau Berubah mencatat tontonan melebihi angka 15 juta, manakala single kedua, Apa Salahku meraih lebih 9 juta tontonan. 
  • Terkini, beliau terbit dengan single Tak Pernah Mengalah hasil ciptaan Apit, manakala lirik oleh Raflesia yang mula dilancarkan di Youtube sejak 15 April lalu.

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi yazid izaham 2

biodata dan latar belakang penyanyi yazid izaham 3

biodata dan latar belakang penyanyi yazid izaham 4

biodata dan latar belakang penyanyi yazid izaham 5

biodata dan latar belakang penyanyi yazid izaham 6

biodata dan latar belakang penyanyi yazid izaham 7

Kredit foto: Instagram Yazid Izaham

Video

Kredit video: Youtube Aries Music

Sumber:

1. Karangkraf

2. Harian Metro [1, 2]

3. Youtube Aries Music




Hakcipta iluminasi.com (2017)