Biodata

1. Nama penuhnya, Nur Heliza binti Helmi. Dikenali sebagai Heliza Helmi.

2. Lahir pada 3 Februari 1986 di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Kini berusia 33 tahun.

3. Berwarganegara Malaysia.

4. Anak kepada Helmi bin Haji Mohd Hasbi yang merupakan anggota polis dari Kuala Kangsar, Perak. Manakala ibunya, Latifah binti Muhammad berasal dari Terengganu.

5. Mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu, diikuti Teacher Methodist Girls School, Taiping, Perak sebelum ke SM Convent St. Ursula Tawau, Sabah dan Labuan Matriculation College.

6. Sewaktu di sekolah, beliau pernah menjadi peserta simpanan pertandingan pidato peringkat negeri dan kebangsaan berbekalkan kebolehannya bertutur dengan petah.

7. Meneruskan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains, Biologi Dan Kimia di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

8. Mula melibatkan diri dalam dunia hiburan sejak tahun 2007.

9. Bakat seninya disalurkan sebagai penyanyi, model, pelakon dan pengacara televisyen. Juga aktif sebagai penceramah, pakar motivasi dan aktivis kemanusiaan.

10. Memperjuangkan lagu-lagu berkonsepkan pop dan keagamaan.

11. Bekas finalis akhir Akademi Fantasia musim kelima. Ketika bertanding, gaya nyanyiannya dikatakan terikut-ikut karakter vokal idolanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza hingga mengundang layangan komen kurang senang daripada para pengkritik.

12. Pernah membintangi filem Syurga Cinta, juga drama Doa Ibu dan Warkah Cinta. Termasuk telemovie Cinta Kun Fayakun.

13. Menghoskan rancangan televisyen Man Jadda Wajada, Sinar Itu Hadir Jua, Rasa Halal Antarabangsa, S.I.S dan SIS Istimewa Raya.  

14. Mempunyai masalah penglihatan sekiranya tidak mengenakan cermin mata atau kanta lekap.

Baca: Kahwin Dato Seri Mahadi Badrul Zaman, Ini 10 Fakta Menarik Heliza Helmi Yang Ramai Tak Tahu!

   

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi heliza helmi 2

biodata dan latar belakang penyanyi heliza helmi 3

biodata dan latar belakang penyanyi heliza helmi 4

biodata dan latar belakang penyanyi heliza helmi 5

biodata dan latar belakang penyanyi heliza helmi 6

Kredit foto: Instagram Heliza Helmi

Video

Kredit video: Youtube Suria TV

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)