Kredit foto: Instagram Syura
Siapa Syura? Zuraidah Badron atau nama popularnya, Syura Badron merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia yang berasal dari Johor.
Beliau adalah pelantun lagu-lagu genre muzik Pop, R&B, Pop Etnik, Ghazal, Keroncong dan Dangdut.
Biodata Dan Latar Belakang
- Nama sebenarnya, Zuraidah binti Badron.
- Menggunakan nama pentas, Syura atau Syura Badron.
- Berumur 34 tahun.
- Kelahiran Johor Bahru, Johor pada 6 Oktober 1986.
- Berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2000 sebagai seorang penyanyi, komposer, pelakon, model iklan, penata rias dan penari.
- Rangkaian album yang dirakamkannya ialah Aroma pada 2000, Firus - bersama Siti Nordiana (2001), Senandung Melayu (2002), Aruda (2003), Balaghah (2004), Syahda Berdendang (2006), Khazanah Pujangga (2008) dan Simbolik Cinta (2014).
- Deretan lagu dipopularkannya seperti Kasih Tidak Terjamah, Bakawali (duet bersama Siti Nordiana), Habibah Maisara (duet bersama Siti Nordiana), Tenung Tenung Renung Renung (duet bersama M. Daud Kilau), Dendang Pusaka (duet bersama M. Daud Kilau), Nazam Berkasih, Candak, Ego dan banyak lagi.
- Mendapat pengiktirafan di Anugerah Industri Muzik ke-14 (2007) menerusi kategori Album Pop Etnik Terbaik untuk albumnya yang berjudul Syahda Berdendang yang dalam masa sama dicalonkan dalam kategori Album Terbaik.
- Antara lain, tiga buah lagunya pernah berentap di Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke 17 (2002), 19 (2004) dan 21 (2006) iaitu Tenung Tenung Renung Renung (duet bersama M. Daud Kilau), Nazam Berkasih dan Candak.
- Mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Fadhly Md. Yassin yang juga merupakan sepupunya yang berkhidmat sebagai guru pada 29 Mac 2006, sebelum bercerai pada 29 September 2014. Mereka merujuk kembali pada 10 November 2014 dan bercerai kali kedua pada 9 Ogos 2015 atas punca yang tidak didedahkan. Hasil perkongsian hidup pasangan ini diserikan dengan kurniaan tiga orang anak iaitu Nurul Dania Irdani (lahir pada 2007), Nurul Qaisara Sofea (2009) dan Muhammad Irfan Aryan (2011).
- Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @syurabadron sehingga kini mempunyai lebih 240,000 pengikut.
Fakta Menarik
- Mendapat tawaran menjadi penyanyi rakaman syarikat Fantasia Music City (FMC) selepas empat tahun menyimpan cita-cita tersebut.
- Penyanyi wanita kedua yang dipilih sebagai artis naungan FMC selepas Siti Nordiana.
- Bapanya, Badron Sakimin, individu yang ingin melihat kelibatnya dalam dunia hiburan, meninggal dunia pada November 1999 sebelum cita-citanya bergelar penyanyi tercapai.
- Mula meminati bidang seni suara selepas banyak membabitkan diri dalam pertandingan nyanyian sejak usia 10 tahun. Kerap meraih kedudukan pertama - hingga ke satu tahap penganjur terpaksa menyekat penyertaannya!
- Menjadi penyanyi naungan FMC selepas diperkenalkan komposer terkenal, Jari ketika umur 14 tahun - tanpa melalui proses uji bakat seperti penyanyi lain!
- Pernah merangkul kejuaraan dalam Pertandingan Nyanyian Lagu Asli anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Johor sebanyak lima kali.
- Album pertamanya, Aroma mempertaruhkan konsep pop komersil, balada dan Irama Malaysia yang siap sepenuhnya pada Jun 2000 sebelum dipasarkan pada 1 September 2000.
- Pernah mendapat jolokan nama 'Noraniza Idris Junior', lantas bakatnya digilap untuk terus memartabatkan seni budaya tradisional Melayu.
- Bergelar juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim 2, sekaligus menewaskan selebriti ternama seperti Rozita Che Wan (Che Ta), Datuk Aznil Nawawi, Norish Karman, Celina Khor dan Michael Ang.
Baca: Biodata Penyanyi Siti Nordiana
Baca: Biodata Penyanyi Lan Solo
Foto
Kredit foto: Instagram Syura
Video
Kredit video: Syura Badron - Ego (Official Lyric Video)
Sumber:
1. Syura Juara MasterChef Selebriti Musim Kedua
3. Masih Sayangkan Isteri, Bekas Suami Dedah Syura Desak Diceraikan