biodata dan latar belakang penyanyi siti nurhaliza 1

Biodata

Nama penuh: Siti Nurhaliza binti Tarudin

Nama popular: Siti Nurhaliza

Tarikh lahir: 11 Januari 1979

Umur: 40 tahun

Kelahiran: Kampung Awah, Temerloh, Pahang, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, hos, usahawan, pelakon dan jurucakap produk

Media sosial: Instagram @ctdk

Fakta Menarik

1. Anak keempat daripada tujuh beradik. Tiga adik-beradiknya yang lain iaitu Saiful Bahri, Siti Norsaida dan Siti Nursairah juga merupakan penyanyi.

2. Bapanya, Tarudin Ismail (1942–2009) seorang pegawai polis berpangkat Koperal, manakala ibunya, Siti Salmah Bachik yang lahir pada tahun 1948 merupakan suri rumah dan peniaga.

3. Datuknya, Bachik Abdul Rahman pernah bergelar pemain biola. Sepupunya, Rafidah Ibrahim merupakan pelakon dan penyanyi.

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1995.

5. Langkahnya dalam dunia seni bermula sejak menjuarai pertandingan nyanyian Bintang HMI siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995.

6. Popularitinya memuncak selepas single sulung beliau, Jerat Percintaan merangkul trofi Anugerah Juara Lagu ke-11, selain kategori Persembahan Terbaik dan Lagu Balada Terbaik.

7. Berkebolehan membawa pelbagai genre muzik seperti Irama Malaysia, Etnik Kreatif, Pop Soft Rock, Pop Rock, R&B, Nasyid, Balada dan Dance-Pop.

8. Antara lagu popularnya seperti Aku Cinta Padamu, Cindai, Purnama Merindu, Kau Kekasihku, Balqis, Percayalah, Nirmala, Bukan Cinta Biasa, Lagu Rindu, Biarlah Rahsia, Anta Permana dan banyak lagi.

9. Sehingga tahun 2005, album sulungnya telah laris sebanyak 800, 000 unit hanya untuk pasaran Malaysia sahaja.

10. Telah mengumpul hampir 300 trofi anugerah dari dalam dan luar negara. 

11. Mencipta 2 rekod dalam Malaysia Book of Records.

12. Keseluruhannya telah menerbitkan 16 buah album studio, 2 album duet, 8 album konsert, 11 album kompilasi dan 250 lagu dan single.

13. Artis pertama Asia Tenggara dan ketiga dari Asia yang mengadakan konsert solo bertempat di Royal Albert Hall, London, dengan iringan Orkestra Simfoni London pada tahun 2005.

14. Menempa kejayaan besar di rantau Asia hingga mendapat jolokan nama "Suara Asia" dan "Celine Dion Asia". Antaranya pernah menduduki tangga kedua sebagai Asia's Best Musical Artiste daripada MTV Asia dan kedudukan kedua Biggest Asian Artiste oleh Channel V. Menjadi antara nama 'Asia's Idol' oleh Asia News Network (ANN) dan menerima penghargaan sebagai Asian Music Legend daripada Top 10 of Asia.

15. Sebagai usahawan, beliau memiliki aset-aset seperti Siti Nurhaliza Productions (media massa), SimplySiti (kosmetik) dan Creacion (fesyen).

16. Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018. 

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi siti nurhaliza 2

biodata dan latar belakang penyanyi siti nurhaliza 3

biodata dan latar belakang penyanyi siti nurhaliza 4

biodata dan latar belakang penyanyi siti nurhaliza 5

biodata dan latar belakang penyanyi siti nurhaliza 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Kosmo

3. BH Online

4. Mstar

5. Instagram Siti Nurhaliza



Hakcipta iluminasi.com (2017)