Oleh pada 26 May 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Siti Nordiana

    

Tentu ramai yang masih ingat dengan Mohd Faizal bin Yusup yang popular menerusi nama komersial Faizal Yusof iaitu seorang pelakon yang pernah berkecimpung dalam dunia hiburan dari tahun 2003 hingga 2011.

Umum mengetahui tentang pengakhiran hidupnya pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung yang dihidapi.

Sepanjang terbabit sebagai anak seni, arwah yang pernah dikenali menerusi peranan watak dalam filem Blok 404 dan Gong itu turut membintangi rangkaian drama popular seperti CID 3278, Spa Q, Tower 13 dan Adamaya.

Pembabitannya dalam telefilem, antaranya menerusi karya berjudul Neon, Surat Untuk Bulan, Zaharul VS Zarina, Cikgu Bada dan Jangan Hantar Aku Ke Neraka.

Beliau yang pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Siti Nordiana pada 29 April 2006 telah memiliki seorang anak lelaki hasil perkongsian hidup mereka, dinamakan sebagai Muhammad Rayyan Nakhaie.

Pasangan itu bagaimanapun memutuskan untuk bercerai pada 14 September 2009, sebelum Faizal berkahwin buat kali kedua dengan Rosmunira Rashid pada 2010 lalu menghembuskan nafas terakhir pada Januari 2011.

Sewaktu meninggal dunia, Rosmunira yang sedang mengandungkan anak mereka yang berusia lima bulan menamakannya sebagai Muhammad Raqqim Fyzal.

Kini selepas beberapa tahun berlalu, inilah foto wajah Raqqim Fyzal, anak kedua arwah yang juga adik-beradik sebapa dengan anak Siti Nordiana, Rayyan Nakhaie.

         

Baca: Biodata Penyanyi Siti Nordiana

Baca: Biodata Pelakon Faizal Yusof, Bekas Suami Siti Nordiana

Baca: Biodata Penyanyi Achik Spin

    

anak siti nordiana 985

Foto ini dikongsikan oleh Siti Nordiana menerusi akaun Instagramnya, @sitinordiana pada 27 Jun 2018.

      

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Faizal, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

    

Sumber berita:

1. 'Inilah dua hero saya'

2. Wikipedia Faizal Yusof

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)