Kredit foto: Instagram @kilafairyofficial

     

Biodata

1. Nama penuhnya, Syakila Nisa binti Jahangir Khan. Popular sebagai Kilafairy.

2. Dilahirkan pada 17 Mei 1992 di Kuala Lumpur kepada pasangan Rohana Jalil (ibu) dan Jahangir Khan (bapa).

3. Berusia 27 tahun.

4. Ibunya, Rohana Jalil yang juga pemilik nama sebenar Dara binti Abdul Jalil merupakan penyanyi veteren popular yang pernah dinobatkan juara Bintang RTM pada 13 Januari 1980. Antara deretan lagu hitsnya seperti Rayuanku, Naluri Cinta dan Jangan Main Mata.

5. Merupakan pelakon dan penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

6. Kemunculan sulungnya sebagai pelakon menerusi drama Mistik Alam Hitam yang bersiaran di kaca televisyen pada 2010, diikuti drama berkonsep muzikal berjudul Hotel Mania.

7. Lain-lain drama dibintanginya seperti Saiful Nita, Cinta Agra, Hanya Satu, Dan Hati Pun Berkata, Pengembaraan Jason Murad, Nafas dan Ajari Playboy Itu.

8. Termasuk telefilem Pengancam Perkahwinan, Beranak Dalam Kubur, Mencari Indah, Haji Rock, Mek Kelate, Gedebe dan Jodoh Ayam Golek Tergolek.

9. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Karak, Hoore! Hoore!, Bo-Peng dan Blok 404.

10. Sebagai penyanyi yang memperjuangkan genre Pop dan R&B, dia pernah merakamkan single Pasti, Warna Cinta (duet bersama Aliff Aziz) dan Setia.

     

Fakta Menarik

  • Bekas pelajar bidang fesyen.
  • Mendapat jolokan ‘Angelina Jolie Malaysia’, selain dikenali kerana bibirnya yang mungil dan tubuh seksi.
  • Berkebolehan mengalunkan lagu-lagu hindustan.

       

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi kilafairy 2

biodata dan latar belakang penyanyi kilafairy 3

biodata dan latar belakang penyanyi kilafairy 4

biodata dan latar belakang penyanyi kilafairy 5

biodata dan latar belakang penyanyi kilafairy 6

Kredit foto: Instagram @kilafairyofficial

     

Video

Kredit video: Youtube XENO Entertainment

     

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Mstar

3. Utusan




Hakcipta iluminasi.com (2017)