Biodata

Nama penuh: Muhammad Aizat Bin Amdan

Nama pentas: Aizat Amdan

Tarikh lahir: 21 Januari 1989

Umur: 29 tahun

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi dan pencipta lagu

Media sosial: Instagram @aizatamdan

Fakta Menarik

1. Anak kelima daripada enam adik-beradik di mana lima daripadanya adalah lelaki dan seorang lagi perempuan.

2. Mula menyanyi dan menulis lagu sejak berumur 12 tahun di mana ketika itu, abang beliau, Anas bertanggungjawab mengajarnya bermain gitar.

3. Beliau mengembangkan bakat dengan aktif membuat persembahan dalam pertandingan di peringkat sekolah.

4. Lagu ciptaannya berjudul 'Lagu Kita' dihasilkan ketika masih berada di tingkatan tiga yang mana lagu itu juga menjadi salah sebuah single dalam album pertama beliau (Percubaan Pertama) yang seterusnya mempopularkan namanya di awal kemunculan sebagai penyanyi.

5. Sejurus tamat persekolahan, beliau menyertai pertandingan realiti nyanyian popular, Akademi Fantasia musim kelima walaupun hanya mampu berpuas hati di kedudukan ketujuh. Program itu menjadi pembuka jalan kepadanya membina nama sebagai penyanyi.

6. Antara lagu-lagu hits Aizat sepanjang pembabitan dalam karier muzik seperti Hanya Kau Yang Mampu, Lagu Kita, Sahabat, Pergi, Kau Aku, Fikirlah, Susun Silangkata, Sungai Lui, Years From Now, Jerrypah, Jangan Menangis dan Sampai Ke Hari Tua.

7. Beliau juga diiktiraf dengan trofi-trofi anugerah besar seperti Anugerah Juara Lagu 24 (2009) menerusi lagu Pergi, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi Lagu Kita di Anugerah Industri Muzik 16 (2009) dan Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 dan 2015.

8. Beliau bersama keluarganya menubuhkan syarikat rakaman, Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGE) pada 7 Julai 2007.

9. Album ketiganya, Legasi dilancarkan pada 27 Mei 2014 dalam format piring hitam, namun tidak dijual di pasaran terbuka, hanya melalui bidaan sahaja.

10. Antara bakat lain dimiliki Aizat yang tidak diketahui ramai seperti pandai menari dan boleh melukis komik.

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi aizat amdan 2

biodata dan latar belakang penyanyi aizat amdan 3

biodata dan latar belakang penyanyi aizat amdan 4

biodata dan latar belakang penyanyi aizat amdan 5

biodata dan latar belakang penyanyi aizat amdan 6 897

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. The Malay Mail

3. New Straits Times

4. Instagram Aizat Amdan




Hakcipta iluminasi.com (2017)