Kredit foto: FMC Music

       

Biodata

1. Nama penuhnya, Abdillah Murad bin Md. Shari. Dikenali sebagai Achik Spin.

2. Lahir di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan pada 1 Julai 1982.

3. Anak kelima daripada sepuluh orang adik-beradik.

4. Penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1998.

5. Mencipta nama di era 90-an dan awal 2000-an sebagai vokalis kumpulan Spin, bersama rakan seangkatan yang bernaung di bawah syarikat rakaman Fantasia Music City (FMC) seperti Siti Nordiana, Elyana dan Syura.

6. Tampil memperjuangkan genre muzik Pop, R&B dan Pop Rock, beliau pernah muncul dengan empat buah album studio bersama Spin, selain dua album kompilasi duet serta 40 buah single keseluruhannya.

7. Antara lagu hits Spin seperti Janji Kita, Mengusung Rindu, Hadirlah Mustika, Utusan Rindu, Dekat Disayang Jauh Dikenang, Malam Semakin Dingin dan Tiada Beza Disisinya.

8. Namanya cukup sinonim dengan penyanyi Siti Nordiana sebagai rakan kolaborasi menerusi penerbitan lagu-lagu duet popular seperti Memori Berkasih, Gurauan Berkasih, Resipi Berkasih, Paling Comel, Restu, Mainan Cinta, Benang Emas, Tatasuria dan banyak lagi.

9. Pembabitannya sebagai pelakon menerusi filem Diari Romeo, termasuk telefilem Demi, Helah, Prahara, Pelakon Popular, Wad 04 dan Sifu.

10. Pemegang trofi Bintang Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia yang ke-17 menerusi persembahan lakonannya dalam filem Diari Romeo.

11. Mendirikan rumah tangga dengan H.M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada tahun 2005 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Puteri Sumayya, Puteri Saffiya dan anak sulungnya, Puteri Rania yang meninggal dunia pada 2007.

12. Terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya pada 17 April 2010 di KM 14.7 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) susur keluar dari Pajam, selepas kereta dinaiki meletup dan hangus terbakar.

13. Kini, tiga lagi adik kandungnya iaitu Tajul, Khalis dan Awis menyambung perjuangan beliau sebagai penyanyi di lapangan seni hiburan.

       

Baca: Biodata Tajul Ariff, Adik Achik Spin

Baca: Biodata Beby Acha, Adik Achik Spin

Baca: Biodata Khalis Real Spin, Adik Achik Spin

Baca: 10 Foto Terkini Isteri Dan Anak-Anak Achik Spin.. Ada Iras Bapanya

   

biodata dan latar belakang penyanyi achik spin 2

Kredit foto: FMC Music

      

Video

Kredit video: Spin - Mengusung Rindu (Official Music Video)

      

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Mstar

3. Utusan




Hakcipta iluminasi.com (2017)