Oleh pada 23 Mar 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Dendam Seorang Isteri merupakan sebuah drama berepisod Malaysia 2022 (bukan adaptasi novel) yang diinspirasikan daripada siri popular Korea Selatan, Temptation Of Wife.

Siri slot Tiara, Astro Prima ini menggantikan drama Hati Yang Dikhianati mulai 21 Mac 2022, dengan penampilan pelakon Fasha Sandha, Nad Zainal, Aidit Noh dan Wan Raja sebagai tunjang utama.

   

sinopsis dendam seorang isteri 559

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Sinopsis

Amira (Fasha Sandha) hanyalah seorang gadis kampung dan ditakdirkan bertemu jodoh dengan Harris (Wan Raja), seorang lelaki daripada keluarga kaya.

Amira setia sebagai seorang isteri walaupun Harris tidak menghargai cintanya dan gemar berfoya-foya.

Ibu Harris, Datin Mona (Ziema Din) memandang rendah terhadap status Amira terutama selepas Amira mengalami keguguran.

Amira menjadi mangsa kebencian Mona. Berbeza sekali dengan sikap bapa mertuanya, Dato Mustapha (Roy Azman) yang sangat prihatin terhadap kesusahan yang dialami Amira.

Tidak cukup dengan pergolakan rumah tangga yang didepani, Amira juga diuji apabila masih belum dapat menghadiahkan cahaya mata buat Harris.

Kepulangan adik angkat Amira iaitu Kirana (Nad Zainal) ke Malaysia membawa kepada episod hubungan sulitnya dengan Harris.

Meskipun Kirana adalah rakan karib kepada Amira dan dibesarkan oleh keluarga Amira kerana statusnya sebagai anak yatim, namun Kirana tidak pernah mengenang budi Amira. Malah dia juga menyimpan dendam terhadap Amira.

Cinta Syafiq (Sefik Khair), adik Amira langsung tidak dipedulikan Kirana. Kirana bertindak memutuskan hubungannya dengan Syafiq.

Kirana kini menyewa sebuah kondo dan membuka spa dengan bantuan Harris.

Apabila mendapati Harris sering pulang lewat, Amira mula mengesyaki sesuatu dan menjalankan siasatan dengan mendapati Kirana terlibat dengan suaminya. Malah perkara itu juga diakui oleh Kirana yang meminta agar Amira meninggalkan Harris.

Apabila Amira merancang untuk melangkah pergi, Amira terikat dengan bantuan kewangan daripada bapa mentuanya yang mengenakan syarat agar Amira kekal setia di sisi Harris.

Amira membatalkan rancangannya, apatah lagi dia sudah disahkan mengandung.

Kirana dan Harris dalam diam mengatur plot untuk menamatkan riwayat hidup Amira dalam sebuah tragedi, hingga Amira disangka telah mati. Hakikatnya Amira diselamatkan oleh seorang pemuda bernama Naufal (Aidit Noh).

Naufal memberi Amira semangat baharu untuk 'hidup semula' dan membalas dendam dengan menggunakan identiti baharu sebagai Neelisa!

Baca: 10 Fakta Drama Dendam Seorang Isteri Yang Ramai Tak Tahu!

drama dendam seorang isteri 724

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pelakon / Cast

Dibarisi empat bintang utama iaitu Fasha Sandha, Nad Zainal, Aidit Noh dan Wan Raja.

Juga menyaksikan penampilan pelakon Isaac Iman, Sefik Khair, Amylea Azizan (AF3), Sharmaine Farouk, Zarynn Min, Kween Keela, Roy Azman, Ziema Din, GM Fauzan dan Dian P. Ramlee

     

Baca: Biodata Wan Raja

Baca: Biodata Fasha Sandha

Baca: Biodata Nad Zainal

Baca: Biodata Aidit Noh

Baca: Biodata Amylea Azizan

   

Watak Pelakon

Fasha Sandha sebagai Amira

Nad Zainal sebagai Kirana

Aidit Noh sebagai Naufal

Wan Raja sebagai Harris

Isaac Iman sebagai Haziq

Sefik Khair sebagai Syafiq

Sharmaine Farouk sebagai Diana

Amylea Azizan sebagai Nelissa

Kween Keela sebagai Hilda

Zarynn Min sebagai Kak Baby

Ziema Din sebagai Datin Mona

GM Fauzan sebagai Sulaiman

Dian P. Ramlee sebagai Ain

Roy Azman sebagai Dato Mustapha

dendam seorang isteri episod 110

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya terbitan Radius One Sdn Bhd menerusi hasil garapan sutradara Uchee Fukada dan Nizam Zakaria, berdasarkan nukilan skrip oleh penulis Pahzai Al-Khaired, Suzanna Zaily Zin, Lynnda Sharudin dan Marr Mohamad.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Kesumat

Penyanyi : Rian Shain

Komposer: Amylea

   

Tajuk: Seperti Dia

Penyanyi: Amylea Azizan

temptation of wife 744

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Waktu Siaran

Mengisi tayangan slot Tiara di saluran Astro Prima (105) bermula 21 Mac 2022, siaran panjang 80 episod ini ke udara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang yang juga boleh ditonton secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

Siaran ulangan pada hari Isnin hingga Jumaat, pukul 11 pagi, juga di Astro Prima.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: [Episod Penuh] Dendam Seorang Isteri Episod 1

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Bambam Studios




Hakcipta iluminasi.com (2017)