Oleh pada 23 May 2022 kategori

TV3 membawa penonton menyaksikan drama yang menyatukan pelakon utama Hisyam Hamid dan Scha Elinnea dalam “Kerana Aku Isteri Bidaan” (KAIB) ditayangkan bermula 16 Mei 2022.

Siri slot Samarinda tersebut turut dibintangi bersama Ellyas Abdullah, Syafnida Shuhaimi, Syarul Ezani, Wanns Ahmad, Hazeeq Dean (Hero Remaja), Jasper Supayah, Silfeny Osman, Nina Nadira, Cahaya Nilam dan Natasya Mahyan.

Berikut 8 fakta menarik Kerana Aku Isteri Bidaan.

8 Fakta Drama Novel Berepisod Kerana Aku Isteri Bidaan (Slot Samarinda TV3) Yang Ramai Tak Tahu!

sinopsis kerana aku isteri bidaan 822

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

1. Menerusi Kerana Aku Isteri Bidaan, Scha Elinnea berpakaian seksi bagi menghidupkan watak pelayan khidmat pelanggan (GRO). Apapun, imej tersebut tidak berlebihan dan ada batasan yang ditetapkan.

drama kerana aku isteri bidaan 571

Kredit foto: Instagram Hisyam Hamid

2. Watak yang dijayakan Scha amat berat yang mana banyak bermain dengan emosi. Dari seorang gadis kampung bertukar kepada GRO dan kemudian karakter itu berkembang lebih matang. Tuntutan itu agak memenatkan namun itu satu cabaran buat Scha sebagai pelakon baharu.

kerana aku isteri bidaan episode

Kredit foto: Instagram Hisyam Hamid

3. Hisyam Hamid terpaksa menurunkan berat badan sebanyak 8 kilogram (kg) bagi mendapatkan bentuk fizikal kurus untuk menjayakan watak seorang bekas banduan. Dia yang mempunyai berat badan 83 kg telah bertukar kepada 75 kg. Menurutnya, dia mengamalkan diet dengan mengambil makanan berat sekali sehari, pada waktu tengah hari dan minum kopi atau makan roti pada sebelah malam, selain melakukan senaman. Namun Hisyam tidak sarankan cara diet ini untuk diikuti ramai.

4. Bagi mengelakkan isterinya mempunyai perasaan cemburu apabila melihat gandingan dilakukannya bersama pelakon wanita lain, Hisyam sentiasa tahu cara mengawal keadaan dan memujuk isterinya, namun ia tidak menjadi satu masalah yang mengundang isu besar dalam perkahwinan mereka.

pelakon kerana aku isteri bidaan 682

Kredit foto: Instagram JayZulkiflee

5. Menjaga limitasi, Hisyam menolak melakonkan babak tidak bersesuaian seperti menayang tubuh badan. Menurutnya, dia akan berbincang terlebih dahulu dengan pengarah sebelum memulakan penggambaran kerana percaya penonton sekarang sudah bijak menilai kualiti sesebuah karya. Justeru produksi tidak perlu memasang strategi promosi yang tidak wajar.

6. Susulan penyakit mental, skizofrenia dan insomnia yang dihidapi pada November lalu, Scha memberitahu dirinya kini semakin sihat walaupun masih bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan. Bagaimanapun ia tidak menjejaskan urusan kerjayanya di set penggambaran.

novel kerana aku isteri bidaan

Kredit foto: Instagram Hisyam Hamid

7. Siri ini adalah pertemuan pertama Hisyam dan Scha sebagai hero dan heroin drama. Mereka memang saling mengenali sebelum ini namun tidak banyak terlibat dalam babak bersama.

kerana aku isteri bidaan cast

Kredit foto: Instagram Silfeny Osman

8. Bagi peminat yang tidak sempat untuk menonton di kaca TV, anda berpeluang menontonnya menerusi laman penstriman IQIYI pada 1 jam selepas siaran TV.

Baca: 10 Fakta Scha Elinnea, Pelakon Drama Kerana Aku Isteri Bidaan Yang Ramai Tak Tahu!

kerana aku isteri bidaan episod 520

sinopsis drama kerana aku isteri bidaan 34

Kredit foto: Instagram Scha Elinnea & Instagram Ellyas Abdullah

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kerana Aku Isteri Bidaan (Slot Samarinda TV3)

    

Kredit video: Di Sebalik Tabir Kerana Aku Isteri Bidaan | Episod 1 Pada 16 Mei 2022

Sumber:

1. 'Seksi saya masih ada batas'- Scha Elinnea

2. Penonton dah bijak, Hisyam Hamid tak perlu buka baju untuk ‘belanja’ babak tak penting!

3. Scha nafi 'anak emas'

4. Kesihatan mental Scha Elinnea semakin baik, makan ubat ikut jadual




Hakcipta iluminasi.com (2017)