Oleh pada 08 Jun 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Meerqeen , Instagram Anna Jobling

  
Drama adaptasi novel , Melur Untuk Firdaus, berjaya mencipta fenomena yang luar biasa di kalangan para pengikut setia drama TV3.
  
Melalui siri berepisod itu, nama dan bakat lakonan hero dan heroinnya, Meerqeen dan Anna Jobling telah menjadi bualan hangat di kalangan wargamaya.
  
Peminat dan penonton dilihat menyukai kolaborasi antara bekas peserta Hero Remaja dan Dewi Remaja ini yang dikatakan amat serasi di layar.
  
Rentetan gandingan mereka itu juga, banyak babak siri ini yang menjadi tular menerusi laman media sosial, khususnya di aplikasi TikTok.
  
Sekadar info, selain Meerqeen dan Anna, Melur Untuk Firdaus turut sama dibintangi oleh pelakon Fimie Don, Nisa Idrus, Hairi Safwan, Taib Zamannuri, Hani Nazrina dan ramai lagi.
  
Berikut adalah 10 fakta menarik mengenai naskhah inspirasi novel My Rude Wife yang sedang rancak ditayangkan di slot Lestary saluran TV3 ini.
  

10 Fakta Melur Untuk Firdaus, Drama Berepisod Slot Lestary TV3, Adaptasi Novel My Rude Wife - Yang Ramai Tak Tahu!

Kredit foto: Instagram Anna Jobling

  
1. Meerqeen dan Anna Jobling buat pertama kalinya bergandingan sebagai watak utama dalam naskhah drama.
  
2. Pasangan ini sebelum ini pernah terbabit dalam sebuah produksi namun tidak banyak berlakon babak sama.
  

Kredit foto: Instagram Kuza

  
3. Walaupun masih baharu, Anna ditawarkan menjadi heroin buat julung kalinya dalam karier.
  
4. Mengenai kerjasama mereka, Meerqeen akui senang mencari keserasian apabila berlakon dengan Anna. Katanya, Anna adalah seorang pelakon yang profesional dan mereka banyak melakukan perbincangan di lokasi bagi tujuan mengembangkan watak masing-masing.
  

Kredit foto: Instagram Ayep Zamannuri

  
5. Meerqeen akui teruja diberi peluang melebarkan sayap perjuangan di saluran TV3 apabila disunting pihak produksi untuk naskhah pertamanya di stesen TV itu.
  

Kredit foto: Instagram Anna Jobling

  
6. Ketika menjalani penggambaran di sekitar Melaka dan Port Dickson, Anna telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan selepas doktor mengesahkan dia menghidap denggi!
  

Kredit foto: Instagram Anna Jobling

  
7. Meerqeen enggan membuat kontroversi dengan melakukan gimik murahan semata-mata ingin mempromosikan drama. Katanya, ia boleh membuatkan dia cepat naik dan tersungkur — apatah lagi dia dan Anna mempunyai cara promosi yang tersendiri.
  

Kredit foto: Instagram Ayep Zamannuri

  
8. Populariti Melur Untuk Firdaus turut melangkaui sempadan apabila klip drama ini tular di luar negara seperti Indonesia, Brunei, Thailand bahkan di Filipina, menerusi aplikasi TikTok.
  
9. Susulan kejayaan itu, pihak penerbit Melur Untuk Firdaus, Datin Wan Kalsom Wan bakal mengusahakan siri ini untuk menembusi pasaran di luar negara menerusi tayangan di stesen TV Indonesia.
  

Kredit foto: Instagram Meerqeen

  
10. Judul ini juga menjadi antara drama popular yang boleh diakses melalui platform online, perkhidmatan strim Disney+ Hotstar.
  

Kredit foto: Instagram Meerqeen

  
  
   
Sumber:
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)