Oleh pada 07 Jul 2022 kategori

    

Risik Pada Hati drama bersiri lakonan hebat daripada Alif Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya, Trisha Ooi dan Shazia Rozaini kini menjadi trending dan popular.

Plot cerita menarik adaptasi novel Hanni Ramsul ini dibawa ke sebuah drama berepisod slot Akasia yang telahpun menemui penonton mulai 27 Jun lalu, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di saluran TV3.

Iluminasi menyenaraikan 8 perkara menarik tentang fakta drama ini yang kurang diketahui penonton.

    

8 Fakta Drama Novel Berepisod Risik Pada Hati (Slot Akasia TV3) Yang Ramai Tak Tahu!

sinopsis risik pada hati 932

Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera FC

    

1. Siri ini merupakan antara drama tanah air yang menjadi bualan hangat di kalangan pengguna media sosial apabila beberapa klip babaknya menjadi viral menerusi aplikasi TikTok.

risik pada hati novel

Kredit foto: Instagram Alif Satar

    

2. Risik Pada Hati membawakan penceritaan isu poligami yang dilihat cukup sensitif untuk diperkatakan dalam perkahwinan, bagi insan yang bergelar wanita dan isteri. Namun tidak dinafikan, drama ini menimbulkan pengisian subjek dan masalah yang sangat dekat dengan masyarakat kerana ia adalah sebahagian daripada realiti kehidupan berumah tangga.

risik pada hati episod 804

Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera

    

3. Ummi Nazeera mengaku jatuh cinta dengan wataknya sebagai Hayfa kerana karakternya yang kuat dengan nilai kemanusiaan yang tinggi sehingga sanggup mengorbankan perkahwinannya dengan membenarkan suaminya, Adam berkahwin dengan wanita lain.

risik pada hati episode

Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera

    

4. Zara Zya mendedahkan bahawa dia tidak boleh menerima poligami jika ia berlaku dalam kehidupan sebenar. Menurutnya, dia tidak menolak, sebaliknya keinginan untuk menjadi isteri yang berkongsi kasih memerlukan mentaliti dan persediaan yang sangat kuat untuk menyesuaikan diri menghadapi kesukaran.

   

pelakon risik pada hati

Kredit foto: Instagram Zara Zya

    

5. Bersikap eksklusif bukan punca Ummi Nazeera hilang dari 'radar industri lakonan', sebaliknya hanya mengambil pendekatan yang lebih selektif dari segi pemilihan skrip dan watak. Risik Pada Hati satu-satunya tawaran yang Ummi ambil untuk tahun 2022.

risik pada hati cast

Kredit foto: Instagram Trisha Ooi

    

6. Pelakon baharu, Trisha Oii, menerima kritikan dan cemuhan bertubi-tubi di Twitter sejak siri itu disiarkan pada 27 Jun lalu, memandangkan watak Erra yang bercita-cita merampas suami orang mampu membuatkan penonton berasa hangat.

drama risik pada hati 277

Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera

    

7. Penggambaran drama berantai ini memerlukan pelakon dan produksi terikat dengan jadual lakonan yang dijalankan sepanjang bulan puasa.

sinopsis novel risik pada hati

risik pada hati online

Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera & Instagram Penerbitan Teratak Kasih

    

8. Untuk alternatif tontonan online, semua pelanggan Disney+ Hotstar akan mendapat akses kepada semua episod sebagai sebahagian daripada langganan mereka.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Risik Pada Hati (Slot Akasia TV3)

Baca: 10 Drama Adaptasi Novel Melayu Terbaru Yang 'Best' (2021 / 2022), Boleh Tonton Secara Online!

Kredit video: Di Sebalik Tabir Risik Pada Hati | Cast Alif Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya | Tonton Episode 1 Pada 27 Jun 2022 Di TV3

Sumber:

1. Bukan eksklusif tapi selektif

2. Zara Zya tak sanggup bermadu

3. Pandangan Aliff Tentang Drama Risik Pada Hati | Melodi (2022)

4. Watak Erra buat Trisha dikecam hebat




Hakcipta iluminasi.com (2017)