Oleh pada 17 Mar 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Drama Korea Selatan, Temptation Of Wife yang mencipta fenomena pada tahun 2008, kini dihasilkan dalam versi 'remake' selepas 14 tahun ditayangkan.

Siri dalam kandungan saluran Astro Prima ini akan menemui penonton bermula 21 Mac 2022.

Sebelum menyaksikan drama slot Tiara ini bermula minggu hadapan, jom semak 10 fakta menarik tentang Dendam Seorang Isteri.

10 Fakta Drama Berepisod Dendam Seorang Isteri, Adaptasi Siri Korea Selatan, Temptation Of Wife

temptation of wife

Kredit foto: Instagram Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat)

1. Siri ini adalah adaptasi drama hebat “Temptation of Wife” (TOW) yang merupakan antara telenovela terlaris di Korea Selatan.

drama dendam seorang isteri

Kredit foto: Instagram Wan Raja

2. Bukan sahaja di Malaysia, malah TOW juga dihasilkan semula dalam beberapa versi negara lain. Turki antara yang tidak terkecuali dengan penerbitan lebih 1000 buah episod yang mendapat sambutan yang cukup hangat!

sinopsis dendam seorang isteri

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

3. Dendam Seorang Isteri dijadualkan menemui penonton dari tarikh 21 Mac 2022 sehingga 8 Julai 2022.

dendam seorang isteri episod 1

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

4. Terkandung dalam 80 buah episod yang mana setiap siaran berdurasi 60 minit.

temptation of wife korean drama

Kredit foto: Instagram Aidit Noh

5. Mengikut jadual, ia diproduksi dari bulan Disember 2021 hingga April 2022.

pelakon dendam seorang isteri

Kredit foto: Instagram Wan Raja

6. Pelakon Nad Zainal akui merupakan peminat setia TOW suatu masa dahulu sehinggakan sanggup ponteng kelas demi melekat di kaca TV setiap kali siarannya!

7. Tanpa disangka, hari ini Nad berpeluang membintangi 'remake' TOW dalam versi Malaysia. Beliau mendedikasikan watak Kirana khas buat ibunya yang juga peminat TOW.

novel dendam seorang isteri

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

8. Fasha Sandha tampil dengan imej berambut palsu demi menghidupkan watak Nellisa Abdullah walaupun realitinya Fasha juga menyimpan rambut panjang.

dendam seorang isteri episod

Kredit foto: Instagram Wan Raja

9. Beg tangan Nad putus sewaktu melakonkan aksi pergaduhan kerana babak yang menuntutnya bertindak 'ganas'!

jangan menangis cinta 116

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

10. Episod 1 siri ini berkongsi tarikh yang sama dengan dua lagi drama terbaharu Astro Ria iaitu Jangan Menangis Cinta dan Pok Ya Cong Codei : Memburu Siti pada 21 Mac 2022.

    

Baca: Biodata Wan Raja, Pelakon Drama Berepisod Dendam Seorang Isteri, Suami Yaya Maembong

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Isteri (Slot Tiara Astro Prima)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jangan Menangis Cinta (Slot Megadrama Astro Ria)

Baca: 10 Fakta Drama Novel Berepisod Jangan Menangis Cinta Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 12 Drama Melayu Terbaru & Terbaik 2021 / 2022, Wajib Tonton!

    

Kredit video: Tayangan Perdana Dendam Seorang Isteri Episod 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)