Oleh pada 12 Jun 2022 kategori

Antara naskhah drama siaran TV3 yang sedang mencuri perhatian kini adalah siri Bisik-Bisik Gelora yang sedang rancak ditayangkan di slot Akasia sejak 21 Mei 2022 lalu.

    

Drama rantaian adaptasi novel karya Fauziah Ashari itu tampil menarik dengan penglibatan pelakon-pelakon terkenal seperti Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Afifah Nasir, Hafidz Roshdi, Damia Qaissarah, Shakilla Khoriri dan Kodi Rasheed.

Sejak mula disiarkan, Bisik-Bisik Gelora masih lagi menjadi bahan perbualan hangat di kalangan netizen menerusi laman media sosial.

Iluminasi kongsikan 10 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang drama popular menarik ini.

10 Fakta Drama Novel Berepisod Bisik Bisik Gelora (Slot Akasia TV3) Yang Ramai Tak Tahu!

bisik bisik gelora episod 772

Kredit foto: Instagram Redza Rosli

1. Bisik-Bisik Gelora menjadi naskhah pertama yang menyaksikan Redza Rosli dan Raysha Rizrose berkongsi skrin sebagai peneraju utama.

novel bisik bisik gelora

Kredit foto: Instagram Raysha Rizrose

2. Raysha pernah mendapat tawaran projek lakonan bersama dengan Redza sebelum ini, namun rezeki ketika itu tidak memihak kepada mereka untuk bekerjasama.

pelakon bisik bisik gelora 656

Kredit foto: Instagram Raysha Rizrose

3. Redza dan Raysha menepis dakwaan bahawa mereka terjebak dengan cinta lokasi, dengan menegaskan hubungan yang terjalin hanyalah atas dasar profesional semata-mata.  

drama bisik bisik gelora 479

Kredit foto: Instagram Raysha Rizrose

4. Penggambaran siri 35 episod ini mengambil masa selama 80 hari untuk diselesaikan.

sinopsis bisik bisik gelora 375

Kredit foto: Instagram Raysha Rizrose

5. Antara lokasi penggambaran yang menjadi persinggahan produksi termasuklah Tanjung Karang, Kuang dan juga ibu negara, Kuala Lumpur.

bisik bisik gelora tv3

Kredit foto: Instagram Hafidz Roshdi

6. Tidak terlepas daripada cabaran pembikinan drama di era pandemik, kru produksi disahkan positif Covid-19 menyebabkan penggambaran bermula lewat daripada yang dijadualkan.

tonton bisik bisik gelora

Kredit foto: Instagram Gambit Saifullah

7. Rumah yang digunakan mereka untuk sesi penggambaran di Tanjung Karang telah dilanda ribut hingga menyebabkan aktiviti shooting tertangguh seketika.

8. Menurut Riza Baharudin selaku pengarah, dia mengambil inspirasi daripada drama Korea sebagai strategi untuk memberikan kelainan kepada Bisik-Bisik Gelora.

bisik bisik gelora episode

Kredit foto: Instagram Kodi Rasheed

9. Redza menganggap watak Jad Izzuddin lakonannya jauh sekali berbeza dengan peranan yang pernah dimainkan dalam naskhah-naskhah terdahulu di layar skrin, sejak lebih sedekad pembabitan sebagai anak seni.

10. Jika anda belum berkesempatan mengikuti siri ini, ianya masih belum lagi terlewat kerana episod penuh Bisik-Bisik Gelora turut dimuatkan sebagai kandungan online menerusi perkhidmatan penstriman video OTT, Disney+ Hotstar Malaysia.

Baca: Biodata : 10 Fakta Pelakon Raysha Rizrose Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bisik-Bisik Gelora (Slot Akasia TV3)

bisik bisik gelora cast

Kredit foto: Instagram Raysha Rizrose

Kredit video: HIGHLIGHT: Episod 22 - Apa Yang Jad Tengah Rasa Sekarang Ni? | Bisik - Bisik Gelora (2022) | Episod 1 Pada 21 Mei

Sumber:

1. Di Sebalik Tabir Bisik-Bisik Gelora

2. 'Rapat sebab kerja'

3. Drama Sangat




Hakcipta iluminasi.com (2017)