Oleh pada 20 Jun 2024 kategori

Kredit foto: iQIYI Malaysia

        

Perkhidmatan televisyen Internet, iQIYI, akan memperkenalkan drama bersiri terbaharu 'Terjerat' kepada penonton bermula 21 Jun 2024.

        

terjerat drama cast

Kredit foto: iQIYI Malaysia

       

Karya drama yang bakal 'menjerat' audiens dengan kisah yang saspens dan mendebarkan ini memberi tumpuan kepada bintang terkenal sebagai watak utama, iaitu Aliff Aziz, Ruhainies, Fendy Bakry dan Jaja Iliyes.

Drama bersiri iQIYI Original tersebut secara ringkas berkisarkan seorang wanita dan lelaki, yang masing-masing terperangkap dalam krisis hutang pasangan mereka. Mereka membentuk ikatan cinta terlarang dalam situasi penculikan yang mendesak, memaksa mereka memilih antara kesetiaan atau menyerah kepada takdir.

       

Sinopsis

Terjerat mengisahkan tentang Nadia (Ruhainies) yang menghadapi krisis hutang serius akibat ketagihan judi suaminya, Izham (Fendy Bakry). Nadia diculik oleh pemiutang suaminya (Ahlong) dan bertemu Faliq (Aliff Aziz), seorang lelaki yang mengalami nasib serupa kerana hutang isterinya. Di tempat penculikan itu, mereka berdua berhadapan pelbagai rintangan dan halangan.

Kebersamaan dalam situasi mendesak itu membuatkan hubungan mereka semakin erat, menumbuhkan benih cinta yang terlarang. Nadia dan Faliq, yang masing-masing sudah berpasangan, terjerat dalam dilema antara kesetiaan kepada pasangan mereka atau menyerah kepada takdir.

Selama seminggu terperangkap, mereka saling menyokong dan berharap, sedangkan Izham terus mengabaikan tanggungjawabnya dan menjalin hubungan sulit dengan adik Nadia, Anis (Jaja Iliyes).

Drama penuh emosi dan 'plot twist' ini bukan hanya mengisahkan percintaan terlarang, malah juga memperlihatkan kelemahan dan kesilapan manusia dalam menghadapi dugaan hidup. Akhirnya, mereka harus membuat pilihan yang sukar antara cinta yang tidak dijangka atau setia pada pasangan yang tidak jujur.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha, Leya Lawa (Tonton) Lakonan Bella Astillah Dan Muaz Zabir

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Filem Korea Terbaru Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Drama Thailand (Thai Drama) Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Filem, Drama Cinta Romantik Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

        

terjerat drama

Kredit foto: Instagram Fendy Bakry

        

Pelakon / Cast

Menampilkan gandingan Aliff Aziz dan Ruhainies sebagai bintang utama, drama ini mendapat tambahan seri daripada pelakon sokongan seperti Fendy Bakry, Jaja Iliyes, Idzham Ismail, Dayang Areeda, Hanna Aqeela, Erry Putra, Amanda Misbun, Aishah Atan, Haifa Halina dan Omar Abdullah.

        

sinopsis terjerat

Siri Terjerat bukanlah adaptasi daripada mana-mana novel. Kredit foto: Instagram Dayang Areeda

        

Watak Pelakon

Aliff Aziz sebagai Faliq

Ruhanies sebagai Nadia

Fendy Bakry sebagai Izham

Jaja Iliyes sebagai Anis

Idzham Ismail sebagai Joe

Dayang Areeda sebagai Shasha

Haifa Halina sebagai Humaira

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Naskhah ini, yang dihasilkan oleh OrangeTree Production, diarahkan oleh pengarah drama sohor, Azmi Hatta.

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Aliff Aziz - Amarah Cinta [OST Drama "Melankolia"] (Official Drama Footage)

        

Tajuk: Amarah Cinta

Penyanyi: Aliff Aziz

Komposer: Omar K, Ezra Kong

Penulis lirik: Zel Hadauan, Ikhwan Fatanna

       

terjerat episod

Kredit foto: Instagram Fendy Bakry

        

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Bermula 21 Jun 2024, iQIYI, perkhidmatan penstriman video yang berpangkalan di China, menyajikan drama 12 episod ini sebagai antara kandungan yang ditawarkan.

        

Tajuk cerita? Terjerat

Berapa episod? 12 episod

Setiap hari apa? Jumaat dan Sabtu

Bila tayang? Pukul 9 malam

Tonton di mana? Platform online, iQIYI

       

Kredit video: Official Trailer | Terjerat | iQIYI Malaysia | Episod 1 Pada 21 Jun 2024

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)