Oleh pada 17 Mar 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Fattah Amin dan Nur Fazura bergabung dalam kolaborasi untuk siri drama bertajuk 'Hero Seorang Cinderella 2', yang merupakan kesinambungan dari musim sebelumnya, dijadualkan untuk tayangan eksklusif sempena bulan Ramadan di Astro Ria.

         

hero seorang cinderella 2 novel

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

        

Pada musim ini, yang tidak berdasarkan adaptasi novel, akan disiarkan kepada penonton di televisyen bermula 17 Mac 2024, setiap Ahad, pada jam 9 malam.

        

Sinopsis

Tengku Ian dan Nura Medina telah melangkah ke jenjang perkahwinan selama lima tahun, mempunyai seorang anak perempuan yang amat comel dan bijak bernama Aisya. Walaupun bahagia bersama, cabaran datang ketika tuntutan pekerjaan mula merenggangkan hubungan mereka, mencetuskan pergelutan dalam menyeimbangkan kerjaya dan kasih sayang.

Dalam usaha mengembalikan kebahagiaan dan romantis dalam rumah tangga, ujian demi ujian datang, sehingga mengancam nyawa! Keadaan menjadi semakin serius apabila anak perempuan mereka diculik. Dalam menghadapi krisis itu, mereka bersatu dan menyedari semula betapa pentingnya nilai sebuah kekeluargaan.

        

hero seorang cinderella 2 episod

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

        

Sinopsis Musim 1 - Adaptasi Novel Hero Seorang Cinderella Karya Anjell

Mengisahkan tentang seorang 'Cinderella' bernama Nura Medina dan hero, Tengku Ian Uzzam.

Selepas ayah Medina, Tan Sri Azizan, berkahwin untuk kali kedua, Nura Medina menjalani kehidupan bersama ibu tiri, Puan Sri Mawar dan kakak tiri, Puteri Emallyn.

Namun, hubungan Medina dan ayahnya menjadi tegang kerana sering dihasut oleh Datin Mawar, yang membawa kepada fitnah dan akhirnya dia diusir dari rumah oleh ayahnya.

Walaupun begitu, Tengku Ian sentiasa menjadi hero dalam kisahnya, selalu menyelamatkan Nura Medina seperti Cinderella yang memerlukan penyelamat.

Hubungan antara Tengku Ian dan Nura Medina kerap kali tegang, mereka seperti air dan minyak yang sentiasa bersengketa setiap kali berjumpa. Namun daripada itu, perasaan cinta mula berkembang antara mereka.

Pada akhirnya, ikatan kasih antara mereka akan membongkar rahsia yang telah lama terpendam.

        

Baca: Biodata Evertts Gomes, Pelakon Drama Berepisod Hero Seorang Cinderella Musim 2 (Astro Ria), Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Malang Si Puteri (Slot Tiara Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Takdir Itu Milik Aku (Slot Megadrama Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Khunsa (Slot DramaVaganza Astro Ria)

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Astro Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

        

Pelakon / Cast

Fattah Amin menyertai lakonan bersama isterinya, Nur Fazura, dalam siri ini.

          

sinopsis hero seorang cinderella 2

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

       

Drama ini juga mempersembahkan bakat-bakat hebat seperti Isyariana, Evertts Gomes, Erysha Emyra, Faha Azhar, Nur Fatima Aisya, Fitri Farok dan Taufiq Hanafi.

Penampilan khas daripada Dayang Nurfaizah, Ippo Hafiz, Kazar Saisi, Fauzi Nawawi, Falyq Hikyle (Sinar FM) dan DJ Sonic.

         

Watak Pelakon

Fattah Amin sebagai Tengku Ian Uzzam

Nur Fazura sebagai Nura Medina

Isyariana sebagai Melissa

Erysha Emyra sebagai Syasya

Evertts Gomes sebagai Adam

Faha Azhar sebagai Syamsul

Nur Fatima Aisya sebagai Aisya

Fitri Farok sebagai Syed

Taufiq Hanafi sebagai Inspektor Polis

Pak Latiff sebagai Polis SJR

           

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya ini hasil penghasilan Fazura Pictures Sdn Bhd, diterajui oleh sentuhan kreatif pengarah, Hadith Omar.

Skrip drama ini dihasilkan menerusi kolaborasi antara Mamu Vies, Amar Amir, Baizura Kahar, Haris M. Nor, Ainul Farihah dan Enny Ridwan.

         

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Bertahan Demi Cinta

Penyanyi: Fattah Amin & Fazura

Komposer: Ippo Hafiz

Penulis lirik: Ippo Hafiz

         

Waktu Siaran

Penonton dapat menikmati keseluruhan 7 episod yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104), bermula 17 Mac 2024, setiap Ahad, jam 9 malam.

         

hero seorang cinderella

Tarikh mula tayang Hero Seorang Cinderella 2 pada 17 Mac 2024. Kredit foto: Instagram Bambam Studios

       

Anda boleh dengan mudah mengaksesnya menerusi Astro Box melalui perkhidmatan On Demand, aplikasi Astro Go dan Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

       

Tajuk cerita? Hero Seorang Cinderella 2

Berapa episod? 7 episod

Setiap hari apa? Ahad

Bila tayang? Pukul 9 malam

Tonton di mana? Saluran Astro Ria dan platform online, Astro Go serta Sooka

       

Kredit video: [Full Episode] Hero Seorang Cinderella Episod 1

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)