Oleh pada 05 Jun 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Malaysia

        

Drama "Kiblat Ke Syurga" yang diterbitkan oleh Le Mediator Studio, adalah penambahan terbaru dalam Gempak Original Series di saluran Astro Ria.

        

kiblat ke syurga drama

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Karya yang bakal menyentuh hati penonton dengan plot yang menarik dan penuh teladan ini menggariskan bintang terkenal sebagai watak utama, iaitu Azira Shafinaz, Iedil Putra, Syarul Ezani dan Lisa Surihani.

        

Sinopsis

Mengisahkan tentang Nina yang mula mengalami mimpi-mimpi aneh hingga membawa keinginannya untuk kembali ke jalan Allah. Walaupun suaminya, Fakhri, lebih cenderung kepada gaya hidup yang bebas, Nina tetap meneruskan hasratnya untuk mendalami agama.

Nina mula menghadiri ceramah Ustaz Hadi yang terkenal dengan nasihat rumah tangganya. Sejak itu, Nina menyimpan rahsia perasaannya terhadap Ustaz Hadi tanpa memberitahu status perkahwinannya.

Pada masa yang sama, Ustaz Hadi juga menghadapi konflik dalam perkahwinan yang sedang diatur dengan Dr Khadijah, seorang penceramah agama. Ustaz Hadi hakikatnya turut menyimpan perasaan terhadap Nina, walaupun dia terperangkap dalam rancangan perkahwinannya sendiri.

Fakhri yang sedar akan perubahan dalam rumah tangganya, mula berusaha untuk mempelajari agama demi mempertahankan hubungan dengan Nina. Tanpa disedari, Fakhri dan Nina mendapat nasihat dari Ustaz Hadi yang sama.

Kisah mereka berempat menyaksikan perjalanan yang penuh cabaran menuju jalan ke syurga. Bagaimanakah kesudahannya?

        

Baca: 10 Filem, Drama Cinta Romantik Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Drama Thailand (Thai Drama) Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

        

kiblat ke syurga episod

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Pelakon / Cast

Drama yang bakal mencuri tumpuan peminat seni dengan plot yang menarik dan menyentuh perasaan ini menampilkan bintang terkenal sebagai tunjang utama, iaitu Azira Shafinaz, Iedil Putra, Syarul Ezani dan Lisa Surihani.

         

sinopsis kiblat ke syurga

Siri televisyen Kiblat Ke Syurga bukan hasil adaptasi daripada mana-mana karya novel. Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Pelakon-pelakon lain yang hebat termasuklah Sean Lee, Raja Azmi, Natasha Elyzza, Megat Sharizal, Shah Kimin, Rasya Dean, Margaret Gan dan Nisa Rissa.

         

Watak Pelakon

Azira Shafinaz sebagai Nina

Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Fakhri

Syarul Ezani sebagai Ustaz Hadi

Lisa Surihani sebagai Dr Khadijah

Sean Lee sebagai Sean

Natasha Elyzza sebagai Alya

Raja Azmi sebagai Mama

Shah Kimin sebagai Kimin

Rasya Dean sebagai Dian

Margaret Gan sebagai Nenek Rahmah

Nisa Rissa sebagai Dr Kamariah

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan Ezrie Gazali serta skrip Muzzamer Rahman, Haffez Amin, Ekim Emir dan Iqaina dibawa oleh Le Mediator Studio dalam naskhah yang diterbitkan ini.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Yonnyboii - SALAHKU (Official Music Video)

        

Tajuk: Salahku

Penyanyi: Yonnyboii

Komposer: Yonnyboii

Penulis lirik: Yonnyboii

        

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Mulai 5 Jun 2024, drama ini yang terdiri daripada lapan episod akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) setiap Rabu dan Khamis pada pukul 9 malam dalam slot Gempak Original Series.

        

kiblat ke syurga pelakon

Kredit foto: Instagram Lisa Surihani

        

Juga terdapat pilihan untuk menikmati siri ini di Astro Go dan Sooka, platform penstriman video tempatan di bawah naungan Astro.

        

Tajuk cerita? Kiblat Ke Syurga

Berapa episod? 8 episod

Setiap hari apa? Rabu dan Khamis

Bila tayang? Jam 9 malam

Tonton di mana? Saluran Astro Ria dan platform online, Astro Go serta Sooka

       

Kredit video: [Official Trailer] Kiblat Ke Syurga | Mulai 5 Jun 2024

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)