Oleh pada 01 May 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

        

Slot Drama Vaganza akan disajikan dengan drama terbaru 'Bercakap Dengan Jun' yang bakal menggantikan siri sebelumnya, 'Khunsa'.

        

bercakap dengan jun episod

Kredit foto: Instagram Ano Studios

        

Drama yang dihasilkan berdasarkan novel hasil karya Hasrul Rizwan ini menemui penonton di saluran Astro Ria (104).

Memperkaya naratif adalah senarai pelakon pilihan ramai seperti Dini Schatzmann, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Kahoe Hon, Emelda Rosemila, Azhar Sulaiman dan Nadiya Nisaa.

        

Sinopsis

'Bercakap Dengan Jun' mengisahkan tentang Jun, seorang lelaki tanpa empati yang terperangkap dalam kematian, korupsi dan penindasan di kota raya. Kehidupannya yang gelap bermula sejak kematian ibunya, yang meninggalkan kesan mendalam terhadapnya. Dia memilih untuk hidup bersendirian di taman perumahan kosong, di pinggiran hutan, hingga dianggap sebagai lelaki gila oleh orang kampung. Sebagai seorang raja penyeluk saku yang tak gentar, dia menjalani kehidupannya seperti biasa, memakai kemeja kemas seperti ke pejabat, namun melakukan kerja menyeluk saku di Kuala Lumpur. Meski rentak kehidupannya itu, dia mahir dan tidak pernah tertangkap.

Segalanya berubah ketika seorang gadis melahirkan bayi di sebuah rumah kosong dan meninggalkannya bersama Jun sebelum menghilang. Bayi itu datang seperti titik terang dalam kegelapan Jun, menginspirasinya untuk menjadi bapa yang terbaik, meskipun dalam jiwa ketakutan. Dia bertekad untuk membesarkan bayi itu di tempat terpencil, menjauhkannya daripada kejahatan manusia.

         

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak (Astro Warna & Sooka)

Baca: Biodata Qistina Rania, Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun (Astro Ria), Peserta Hero Dewi Remaja 2023

         

sinopsis bercakap dengan jun

Kredit foto: Instagram Kedai Fixi

         

Pelakon / Cast

Menyemarakkan kisah adalah kehadiran pelakon-pelakon pilihan seperti Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Emelda Rosemila, Azhar Sulaiman, Nadiya Nisaa, Hilal Azman, June Lojong, Musyi Mohtar dan Sairish Elaria.

        

Watak Pelakon

Dini Schatzmann sebagai Jun

Qistina Rania sebagai Lily

Fikry Ibrahim sebagai Sam

Kahoe Hon sebagai Luth

Emelda Rosemila sebagai Doktor Dahlia Zakaria

Sairish Elaria sebagai Ranum

Musyi Mohtar sebagai Mas / Naurah

Jun Lojong sebagai Nek Besah

Sairish Elaria sebagai Ranum

         

bercakap dengan jun drama

Kredit foto: Instagram Ano Studios

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama ini adalah adaptasi dari novel yang ditulis oleh Hasrul Rizwan, dihasilkan oleh Ano Films dengan arahan yang dipegang oleh Fairul Nizam Ablah dan Kye Fariz.

Penulisan skrip oleh Mamu Vies, Baizura Kahar, Amar Amir, Fatin Amirah Syazwani, Ainulfarihah dan Fairul Nizam Ablah.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: SATWO - GELAP - OFFICIAL MUSIC VIDEO

        

Tajuk: Gelap

Penyanyi: Satwo

Komposer: Satwo

Penulis lirik: Satwo

        

Tarikh Dan Waktu Tayangan

'Bercakap Dengan Jun' akan menghiasi ruang slot DramaVaganza di Astro Ria (saluran 104) mulai 1 Mei 2024, setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam.

         

bercakap dengan jun pelakon

Kredit foto: Instagram Kahoe Hon

        

Akses dengan mudah menerusi Astro Box melalui On Demand, aplikasi Astro Go dan Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

       

Tajuk cerita? Bercakap Dengan Jun

Berapa episod? 10 episod

Setiap hari apa? Rabu dan Khamis

Bila tayang? Pukul 9 malam

Tonton di mana? Saluran Astro Ria (104) dan platform online, Astro Go serta Sooka

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)