hh

Oleh pada 08 Jul 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

       

Dicipta berdasarkan novel karya Liza Nur, Global Station tampil dengan siri terbaru yang diberi judul 'Bawah Payung Awan', sebuah drama yang menghiasi Viu Malaysia.

       

bawah payung awan ending jumlah episod

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

        

Siri ini berkisarkan tiga sahabat sejati dari kawasan setinggan - Widad, Soleiman dan Hanan - yang mengatasi trauma, pengkhianatan dan realiti hidup yang kejam, sambil berusaha mengubah nasib mereka dalam persekitaran kehidupan yang penuh cabaran.

       

Sinopsis

Bawah Payung Awan mengisahkan tentang sebuah kawasan setinggan yang menjadi tempat berteduh bagi tiga sahabat sejati, Widad, Soleiman dan Hanan. Mereka membesar bersama-sama di kawasan yang dipenuhi dengan cabaran dan bahaya, namun ikatan persahabatan mereka tetap utuh seperti keluarga.

Widad, seorang gadis yang kuat semangat, anak kepada seorang pelacur. Walaupun dibesarkan dalam kemiskinan, dia gigih mengejar impian untuk mengubah nasib hidupnya melalui pendidikan.

Soleiman pula hidup dalam ketakutan dan penderitaan akibat didera oleh bapanya sendiri. Kematian abangnya semasa melarikan diri daripada polis meninggalkan luka yang dalam di hatinya. Soleiman cuba mencari identiti diri, terheret dalam dunia samseng dan akhirnya dimasukkan ke sekolah Henry Gurney selepas terlibat dalam rompakan. Di sana, dia bergelut melawan trauma masa lalunya, sambil berusaha membina semula kehidupannya.

Hanan merupakan seorang gadis yang menyimpan luka yang dalam akibat dirogol oleh abangnya sendiri. Trauma itu menjadikan dia semakin hanyut, mencari hiburan dalam dunia seorang 'mat motor' bernama Zaf. Kehidupan Hanan menjadi lebih rumit apabila dia mula terlibat dalam pembohongan dan manipulasi, bagi melarikan diri daripada realiti hidupnya yang pahit.

Kisah persahabatan mereka mula diuji dengan pengkhianatan dan rahsia. Soleiman yang berada di Henry Gurney menulis surat kepada Widad, meminta agar dia melupakan dirinya dan meneruskan hidup. Widad, dengan hati yang remuk, berazam untuk memperbaiki kehidupannya melalui pendidikan.

Dalam perjalanan menuju dewasa, ketiga-tiga mereka terpaksa menghadapi kebenaran yang sukar dan membuat keputusan yang berat. Persahabatan mereka diduga ketika mereka melangkah ke alam persekolahan seterusnya memasuki dunia pekerjaan. Mereka belajar bahawa untuk mengubah nasib kehidupan, mereka perlu berani mendepani cabaran dan menerima diri sendiri.

        

Baca: 8 Fakta Biodata Scha Elinnea, Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla (TV3)

Baca: 8 Fakta Biodata Jazmy Juma (Hero Remaja), Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla (TV3)

Baca: Biodata Arfie Shah (Adwafri Shah), Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla (TV3)

Baca: 10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim, Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu (Astro Ria)

       

bawah payung awan pelakon

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

       

Pelakon / Cast

Dalam drama yang dinanti-nantikan ini, gandingan bintang utama Ben Amir, Nabila Razali dan Nelissa Nizam disokong oleh penampilan Kodi Rasheed, Muaz Zabir, Amyza Aznan, Watie Sadali, Riz Amin, Adam Malek, Lan Siro dan Ku Fridah Ku Shafie.

       

Watak Pelakon

Ben Amir sebagai Soleiman

Nabila Razali sebagai Widad

Nelissa Nizam sebagai Hanan

Kodi Rasheed sebagai Zaf

Muaz Zabir sebagai Rykal

Amyza Aznan sebagai Anita

Watie Sadali sebagai Kasmah

Riz Amin sebagai Basri

Adam Malek sebagai Thaqif

Lan Siro sebagai Nasa

Ku Fridah Ku Shafie sebagai Tok Awi

       

bawah payung awan episode

'Bawah Payung Awan' merupakan adaptasi novel karya Liza Nur. Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Dengan pengarah Azri Izhar memberikan garapan kreatif, drama ini diproduksi oleh Global Station Sdn Bhd dan skripnya ditulis oleh Liza Nur.

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: NABILA RAZALI – TANGIS (OFFICIAL MUSIC VIDEO) [OST Bawah Payung Awan]

       

Tajuk: Tangis

Penyanyi: Nabila Razali

Komposer: Naim Daniel

Penulis lirik: Naim Daniel

       

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Bawah Payung Awan, yang disiarkan di Viu Malaysia, menemui penonton dalam 30 episod (untuk dua musim) bermula 13 Jun 2024 setiap Khamis hingga Sabtu pada pukul 12 tengah hari.

       

bawah payung awan viu

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

       

Mengikut maklumat, musim kedua akan menyusul pada penghujung Julai ini.

         

Tajuk cerita? Bawah Payung Awan

Berapa episod? 30 episod (2 Musim)

Setiap hari apa? Khamis hingga Sabtu

Bila tayang? Jam 12 tengah hari

Tonton di mana? Platform online, aplikasi Viu Malaysia

       

Kredit video: [Trailer Rasmi] Bawah Payung Awan | Adaptasi Novel Liza Nur | #FirstOnViu

       

Kredit video: [Teaser] Episode 1 - Bawah Payung Awan | Nabila Razali , Ben Amir, Nelissa Nizam

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)