Oleh pada 12 May 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Big Stage 2023 memberi peluang kepada penonton untuk mengundi peserta pilihan.

Anda hanya perlu melawat laman sesawang voting.astro.com.my/big-stage-5 atau memuat turun aplikasi Syok dari Google Play atau App Store.

Pengundi juga boleh mengimbas kod QR yang dipaparkan di skrin televisyen semasa peserta membuat persembahan.

Sebelum mengundi, pastikan anda log masuk dengan akaun Astro atau Facebook anda. Setelah itu, anda akan diberikan 20 kredit secara automatik untuk mengundi semasa konsert mingguan.

Anda boleh mengundi dengan kadar maksimum 5 kredit bagi setiap peserta.

Kredit yang tidak digunakan dalam minggu tersebut akan dihapuskan dan tidak boleh dibawa ke minggu hadapan. Namun, untuk minggu yang seterusnya, pengundi akan dibekalkan semula dengan 20 kredit undian baharu.

Pengundi dinasihatkan untuk menggunakan hak undian secara bijak dengan menilai bakat peserta dan kualiti persembahan yang dipamerkan mereka pada setiap minggu.

Undian anda berpeluang memberikan perlindungan kepada peserta pilihan anda daripada tersingkir, jika mereka termasuk dalam senarai 'Bottom Three' iaitu tiga peserta dengan markah terendah.

Untuk makluman, 13 peserta Big Stage yang tersenarai dalam musim 5 ini termasuklah penyanyi Naufal Azrin, Isaac Voo, Aufahanie, Puteri Khareeza, Meer Nash, Firdaus Rahmat, Nadeera Zaini, Putera Muhammad, HoonDoo (duo Korea Selatan), Waode (Indonesia), Farhan Shah (Singapura), Dem Lepak Boyz (duo) dan kumpulan COEX.

      

Cara Undi Anugerah Persembahan Paling PA-WA

WAWA Kosmetik mempersembahkan Anugerah Persembahan Paling Pa-Wa. Anda boleh mengundi peserta kegemaran anda melalui kaedah berikut:-

1. Sila akses ke pautan voting.astro.com.my/anugerah-persembahan-pa-wa dan log masuk menggunakan akaun Astro atau Facebook anda.

2. Undilah peserta pilihan anda berdasarkan waktu undian yang dibuka setiap hari Ahad selepas tamat rancangan, sebelum ditutup pada hari Ahad minggu berikutnya jam 6 petang.

3. Anda akan menerima 20 kredit undian setiap minggu.

     

Untuk maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

     

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 1 (Musim 5)

Baca: Biodata Rina Nose, Pengacara Big Stage 2023 (Musim 5)

     

big stage 234

Kredit foto: Instagram @eyqashahidan

    

Kredit video: BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 1

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)