Oleh pada 19 Jun 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Nasib tidak berpihak kepada Coex apabila kumpulan itu diumumkan sebagai peserta yang tersingkir dalam pertandingan minggu ketujuh Big Stage 2023.

Pada konsert yang mengambil tema 'Selebriti Memilih' itu, mereka hanya berjaya mengumpul markah 57.33% melalui persembahan lagu Cupid yang direkodkan asal oleh Fifty Fifty.

Sementara itu, Nadeera Zaini berjaya meraih posisi teratas pada minggu ini dengan penyampaian yang memukau dalam lagu Kembali Terang yang terkenal melalui rakaman Marsha Milan Londoh, dengan meraih markah sebanyak 97.67%.

Pertandingan yang menghimpunkan bintang-bintang daripada barisan 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) itu juga melibatkan penyertaan penyanyi Putera Muhammad, Waode (Indonesia), Hoondoo (Korea), Firdaus Rahmat, Puteri Khareeza, Dem Lepak Boyz (duo) dan Aufahanie.

Kuasa mutlak terletak di tangan Ajai dan Aina Abdul sebagai juri tetap, dan tugas penilaian mereka juga diperkuat dengan sokongan dari Misha Omar sebagai juri undangan mingguan.

Pentas Big Stage di Auditorium MBSA, Shah Alam ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pelawak Namie Smy (Ubi) sebagai Presiden Netizen yang mengemukakan pandangan penonton di rumah mengenai persembahan peserta sepanjang pertandingan berlangsung.

Berikut ialah senarai markah yang diraih oleh peserta berdasarkan keputusan penjurian.

        

big stage 2023 95699 316

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

      

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 (Musim 5) Minggu Ketujuh

1. Nadeera Zaini (Kembali Terang) - 97.67%

2. Firdaus Rahmat (Sembah) - 85.00%

3. Waode (Menyesal) - 84.33%

4. HoonDoo (Bunga) - 82.67%

5. Putera Muhammad (Hasrat) - 80.00%

6. Puteri Khareeza (Skyfall) - 69.00%

7. Aufahanie (Cinta Sejati) - 67.00%

8. Dem Lepak Boyz (Sorry Sorry) - 60.33%

9. Coex (Cupid) - 57.33%

      

Peserta tersingkir - Kumpulan Coex

     

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 8 (Suku Akhir) Musim 5

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 8 (Suku Akhir) Musim 5

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Biodata Hoondoo, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Waode, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

     

Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik minggu ini diberikan kepada Nadeera Zaini berdasarkan pilihan juri profesional. Beliau layak membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3000 sebagai ganjaran. Selain itu, Puteri Khareeza pula memenangi Anugerah Persembahan Paling Pa-Wa yang dibawakan oleh WAWA Kosmetik dan menerima wang tunai sebanyak RM1000 sebagai hadiah.

Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

Big Stage 5 menghiburkan penonton setiap hari Ahad, pada pukul 9 malam bermula 7 Mei 2023 dan disiarkan secara langsung melalui Astro Ria (saluran 104) dengan penyampaian oleh pengacara Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose.

Program ini juga tersedia melalui konten dalam talian (online) menerusi aplikasi Astro Go dan platform On Demand, memudahkan penonton untuk menonton dengan lebih fleksibel.

      

Kredit video: BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 7

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)