Oleh pada 06 Dec 2021 kategori
gegar vaganza 2021 498

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  
Cabaran para peserta Gegar Vaganza musim 8 (GV8) 2021 berterusan di konsert keempat yang bakal menyusul Ahad ini.
  
Mengangkat tema 'Berdiri Bulu Romaku', para bintang kali ini akan menggalas tugasan untuk menyempurnakan lagu-lagu berkonsepkan seram atau yang mampu menaikkan bulu roma penonton.
  
Para peserta yang masih kekal bertanding ialah penyanyi Nikki Palikat, Aliff Aziz (Singapura), Adibah Noor, Upiak Isil (Indonesia), Bandi Amuk, Saiful Apek & Yassin Senario, Aweera, Azan Scan, Suki Low, Ani Mayuni, Shidee dan Datuk Fazley Yaakob.
  
Berikut adalah lagu-lagu yang tersenarai dalam persaingan minggu keempat.
  
gegar vaganza 989

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu Keempat

1. Aliff Aziz - Jika Kau Rasa Getarnya (Slam)
2. Nikki Palikat - Zombie (The Cranberries)
3. Adibah Noor - Jika (Melly Goeslaw feat Ari Lasso)
4. Suki Low - Jampi (Hael Husaini)
5. Upiak Isil - Cinta Sejati (Bunga Citra Lestari)
6. Aweera - Bila Cinta (Gio)
7. Bandi Amuk - Satu Kesan Abadi (Iklim)
8. Ani Maiyuni - Lebih Indah (Datuk Seri Siti Nurhaliza)
9. Azan Scan - Dir (Rahim Maarof)
10. Datuk Fazley Yaakob - Mahligai Syahdu (Hattan)
11. Saiful Apek dan Yassin (Saya) - Getaran Jiwa (Tan Sri P. Ramlee)
12. Shidee - Hati Yang Terluka (Broery Marantika)
  
Lagu Pembukaan: Nabil Ahmad & Jihan Muse - Sakit (Zynakal ft Yonnyboii)
   
  
Penilaian persembahan ditugaskan kepada juri profesional tetap yang dibarisi oleh pemuzik tersohor Datuk Ramli MS, penghibur lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal Syafinaz Selamat.
  
Konsert GV8 memulakan tayangan sejak 21 November 2021 dan dilangsungkan pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (CH 104).
  
Siaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang menggunakan khidmat pengacaraan Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu juga boleh diikuti secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
  
Untuk info berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)
  
    


Hakcipta iluminasi.com (2017)