Oleh pada 29 Nov 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Persaingan program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) diteruskan ke minggu yang ketiga.

13 bintang yang tampil bersaing ialah penyanyi Nikki Palikat, Bandi Amuk, Aliff Aziz (Singapura), Adibah Noor, Suki, Aweera, Azan Scan, Ani Mayuni, Upiak Isil (Indonesia), Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Saiful Apek & Yassin Senario dan kumpulan Nico.

Pada konsert yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini, kesemua peserta telah diberi tugasan untuk menyanyikan lagu-lagu di luar zon selesa masing-masing menerusi tema 'Segalanya Ku Terima'.

Lagu-lagu yang disenaraikan adalah:-

gegar vaganza 49

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu Ketiga

1. Nikki Palikat - Semalam (Aina Abdul)

2. Adibah Noor - All I Ask (Adele)

3. Aliff Aziz - Kasihnya Laila (Jinbara)

4. Aweera - Boneka (Ernie Zakri)

5. Upiak Isil - Retak (Ella)

6. Suki Low - Badarsila (Datuk Seri Siti Nurhaliza)

7. Saiful Apek dan Yassin (Saya) - Better Man (Robbie Williams)

8. Azan Scan - Ini Rindu (Farid Hardja & Lucky Resha)

9. Shidee - Blue Suede Shoes (Elvis Presley)

10. Bandi Amuk - Nak Dara Rindu (Tan Sri P.Ramlee)

11. Datuk Fazley Yaakob - Yang Sedang Sedang Saja (Iwan)

12. Ani Maiyuni - Naluri / Hadirlah Kekasih (Datuk Nora Ariffin)

13. Kumpulan Nico G - Manis (Dato Zainal Abidin)

    

Lagu Pembukaan: Nabil Ahmad & Jihan Muse - Shake It Off (Taylor Swift)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 4

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 2

Persembahan para bintang GV8 dinilai oleh barisan juri profesional tetap terdiri daripada maestro muzik tersohor Datuk Ramli MS, penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal Syafinaz Selamat.

    

Untuk info berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

Konsert mingguan GV8 adalah sebuah program siaran langsung di saluran Astro Ria (CH104) tayangan setiap hari Ahad, pukul 9 malam mulai 21 November 2021.

Pertandingan yang mengambil tempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu juga boleh ditonton secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2021 Live + Minggu 2




Hakcipta iluminasi.com (2017)