Oleh pada 22 Nov 2021 kategori

gegar vaganza 2021 60

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Konsert minggu pertama Gegar Vaganza 8 (GV8) memperlihatkan penyanyi Aliff Aziz diangkat di kedudukan yang pertama dengan pungutan markah sebanyak 74.60%.

Aliff mendendangkan lagu Sayang Sayang yang pernah dipopularkannya suatu ketika dahulu dalam pertandingan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Antara lain, episod sulung GV8 itu turut menyaksikan penampilan penyanyi Aweera, Nikki Palikat, Azan Scan, Adibah Noor, Ani Mayuni, Bandi Amuk, Shidee, Suki, Datuk Fazley Yaakob, Upiak Isil (Indonesia), Saiful Apek & Yassin Senario dan kumpulan Nico.

Para peserta diadili sepenuhnya oleh barisan juri profesional tetap yang terdiri daripada pengarah muzik Datuk Ramli MS, penyanyi lagenda Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Syafinaz Selamat.

Senarai markah bersama kedudukan peserta adalah seperti berikut:-

   

gegar vaganza 472

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 8 (2021) Minggu Pertama

1. Aliff Aziz (Sayang Sayang) - 74.60%

2. Adibah Noor (Terlalu Istimewa) - 73.00%

3. Bandi Amuk (Akar Dan Bumi) - 71.00%

4. Nikki Palikat (Caramu) - 68.20%

5. Aweera (Romancinta) - 66.80%

6. Suki Low (Terlalu Mencintaimu) - 66.20%

7. Saiful Apek dan Yassin (Aspalela, Cari Tapak) - 59.90%

8. Shidee (Semuanya Sudah Terlambat) - 59.80%

9. Upiak Isil (Tak Tun Tuang) - 59.30%

10. Ani Maiyuni (Sedap) - 57.40%

11. Azan Scan (Kau Dipaksa Aku Terpaksa) - 54.70%

12. Kumpulan Nico (Inilah Nasibku) - 54.00%

13. Datuk Fazley Yaakob (Asmara Ini) - 53.60%

   

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 2

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 2

  

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

GV8 yang ditayangkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) ke udara secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam, dibawakan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bersama gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Juga dimuatkan di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk tontonan secara online.

   

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2021 Live + Minggu 1

  



Hakcipta iluminasi.com (2017)