Oleh pada 17 Jan 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsert akhir Gegar Vaganza musim 8 (GV8) menyaksikan enam orang penyanyi beradu nasib sebagai finalis musim ini.

Minggu kesepuluh yang juga episod kemuncak itu menggunakan tema 'Akhirnya Kini Pasti' yang mana calon-calon juara ditugaskan untuk menyanyikan tiga buah lagu iaitu lagu solo, lagu duet dan lagu battle.

Peserta yang bertarung untuk merebut takhta juara edisi ini ialah penyanyi Nikki Palikat, Aweera, Suki Low, Aliff Aziz (Singapura), Azan Scan dan Adibah Noor.

Sebagaimana diumumkan di segmen 'Ada Lagu Ada Lagi', berikut adalah senarai lagu yang menjadi tugasan terakhir para peserta.

gegar vaganza 498

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Konsert Akhir Gegar Vaganza 2021 (GV8) - Minggu Kesepuluh

Lagu Solo

1. Aweera - Beggin' (The Four Seasons)

2. Nikki Palikat - Terasing (Dato Sudirman Haji Arshad)

3. Aliff Aziz - Sampai Syurga (Faizal Tahir)

4. Azan Scan - Seribu Tahun Takkan Mungkin (Bumiputra Rockers)

5. Suki Low - Titanium (David Guetta ft. Sia)

6. Adibah Noor - Seroja (S.Effendi)

Lagu Duet

1. Nikki Palikat & Idayu - Mengapa (Nicky Astria)

2. Aweera & Liza Hanim - Sepi (Aina Abdul)

3. Aliff Aziz & Hafiz Suip - Dealova (Once Mekel)

4. Suki Low & Shila Amzah - Jera (Agnes Monica)

5. Azan Scan & Shiha Zikir - Dilema 03 (Nora & Vince)

6. Adibah Noor & Dato Zainal Abidin - Kau Di Hatiku (Dato Zainal Abidin)

Battle Round

1. Gangnam Style (PSY) - Nikki Palikat VS Suki Low

2. Bangun (Aman RA) - Aweera VS Aliff Aziz

3. Kami Rappers (4U2C) - Adibah Noor VS Azan Scan

Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad & Jihan Muse - Pop Ye Ye (VE)

Persembahan Khas - Ramli MS, Hetty Koes Endang & Syafinaz Selamat - Kisah Hati (Alyah)

Baca: Keputusan Markah Konsert Akhir / Final Gegar Vaganza 2021 (GV8) - Juara, Pemenang, Finalis

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 9 (Separuh Akhir)

Peringkat akhir GV8 masih menggunakan penjurian daripada barisan juri profesional yang dibarisi Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap, bersama juri undangan istimewa.

Konsert GV8 yang bermula sejak 21 November 2021 menemui penonton saluran Astro Ria (CH 104) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam, dibawakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Rancangan yang boleh ditonton secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand itu menggunakan khidmat pengacaraan Nabil Ahmad dan Jihan Muse selaku hos program.

Mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2021 Live + Minggu 9 Separuh Akhir




Hakcipta iluminasi.com (2017)