Oleh pada 18 Dec 2021 kategori
anugerah drama sangat 827  

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  
Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021 merupakan sebuah acara industri drama tempatan yang dilangsungkan buat julung kalinya di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di ibu negara pada 18 Disember.
  
Penganjuran edisi 2021 itu adalah bagi menilai mutu hasil kerja penyedia kandungan kreatif industri drama di Malaysia.
  
Malam penghargaan berprestij ini meletakkan sebanyak 11 buah kategori untuk dipertandingkan kepada para calon.
  
Antara drama yang terpilih untuk berada dalam pencalonan ialah 7 Hari Mencintaiku 2 (SR One Sdn Bhd), Takdir Yang Tertulis (Radius One Sdn Bhd), Budak Tebing (Country & Universal Sdn Bhd), Sabarlah Duhai Hati (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd), Hati Yang Tersakiti (Art Ornament Sdn Bhd), Kampung People 2 (KL Motion Pictures Company Sdn Bhd), Tak Sempurna Mencintaimu (Zeel Production Sdn Bhd), Bidadari Salju (Primeworks Studios & A. Aida Production Sdn Bhd), Melastik Ke Hatimu (OrangeTree Production Sdn Bhd) dan Pink Smile (Creative Skill Solution Sdn Bhd).
  
Tugas mengemudi acara diberikan kepada pelakon Nabila Huda dan Ain Edruce yang digandingkan secara berpasangan sebagai hos.
  
ADS 2021 dipancarkan secara langsung di saluran TV3 bermula pukul 9 malam, juga boleh diikuti secara online di platform tonton dan YouTube TV3 (@TV3MALAYSIAOFFICIAL) pada waktu tayangan sama.
  
Untuk maklumat berkaitan format penjurian, senarai penyanyi yang membuat persembahan, penyampai trofi dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021
  
Berikut adalah senarai penuh pemenang yang diangkat bagi setiap kategori:-
  

Senarai Keputusan Pemenang 14 Trofi Kategori Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021  

1. Drama Terbaik - Budak Tebing (Country & Universal Sdn Bhd)
2. Drama Popular - Melastik Ke Hatimu (OrangeTree Production Sdn Bhd)
3. Drama Adaptasi Novel Terbaik - 7 Hari Mencintaiku 2
4. Pengarah Terbaik - Feroz Kader (Budak Tebing)
5. Penulis Skrip Terbaik - Janjira & PGRs Team (Budak Tebing)
6. Pelakon Lelaki Terbaik - Zul Ariffin (Ryan Aralyn)
7. Pelakon Wanita Terbaik - Janna Nick (Misteri Mona)
8. Pasangan Drama Terbaik - Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku 2)
9. Pelakon Antagonis Terbaik - Liza Abdullah (7 Hari Mencintaiku 2)
10. OST Terbaik - Mimpi (Haqiem Rusli) OST Bidadari Salju
11. Babak Tular Drama Terbaik - Kampung People 2
12. Pesona Bintang - Fauziah Ahmad Daud (Ogy)
13. Barisan Pelakon Terbaik Drama (Anugerah Khas) - Takdir Yang Tertulis
14. Drama Mandarin Terbaik (Anugerah Khas) - Bonus Vacation (Sky Picture)
    
    
Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama
  
drama sangat tv3
drama sangat undi
anugerah melodi drama sangat
keputusan anugerah drama sangat 2021
ariff bahran
anugerah drama sangat 2021 503
pemenang anugerah drama sangat 572
drama sangat 612
anugerah drama sangat 2020 342

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)