Oleh pada 10 Jan 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Kumpulan Sa.Ya (Saiful Apek & Yassin Anye) menjadi peserta dengan markah terendah di minggu kelapan program realiti Gegar Vaganza Musim 8 (GV8), berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Dengan itu, duo ini terpaksa meninggalkan pentas pertandingan peringkat suku akhir itu selepas gagal menambat hati juri menerusi persembahan lagu Blus Terengganu Kita nyanyian asal oleh Iklim dengan pungutan markah sebanyak 58.20%.

Sementara itu, minggu bertemakan Ku Petik Bintang Bintang itu mengangkat penyanyi Suki Low di tempat juara dengan markah 78.90% selepas tampil cemerlang dengan lagu You Are My Everything rakaman asal Gummy.

Secara automatik, Suki menjadi penerima Anugerah Bintang Paling Power Meow untuk minggu kelapan.

Lagi bintang GV8 yang dikekalkan penyertaan dalam pertandingan yang berbaki dua konsert ini ialah Nikki Palikat, Adibah Noor, Aliff Aziz (Singapura), Aweera, Shidee, Azan Scan dan Ani Mayuni.

Penilaian peserta adalah di tangan juri tetap yang dibarisi oleh pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang, bersama Datuk Mokhzani Ismail dan Datuk Norman Abdul Halim (KRU) yang diundang sebagai juri jemputan.

Berikut markah diberikan oleh juri berdasarkan kualiti persembahan ditampilkan:-

gegar vaganza 769

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 8 (2021) Minggu Kelapan - Suku Akhir

1. Suki (You Are My Everything) - 78.90%

2. Aliff Aziz (Rapuh) - 76.80%

3. Aweera (Dia) - 73.00%

4. Nikki Palikat (Zheng Fu) - 72.00%

5. Adibah Noor (Dhoom Machale) - 68.70%

6. Azan Scan (Right Here Waiting) - 66.20%

7. Ani Maiyuni (Ngajat Tampi) - 64.30%

8. Shidee (Di Ambang Sore) - 58.60%

9. Saiful Apek & Yassin Senario / Saya (Blus Terengganu Kita) - 58.20%

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 9 (Separuh Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 9 (Separuh Akhir)

Penyanyi Nikki Palikat menjadi penerima Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi berdasarkan undian di laman web rasmi GV8.

Sementara itu, Bintang Cuckoo Healty Home juga disandang Nikki selepas meraih undian tertinggi di Facebook Astro Gempak.

Konsert GV8 yang dijadualkan setiap hari Ahad, pukul 9 malam ini boleh diikuti secara langsung di Astro Ria (saluran 104), selain terkandung di platform online iaitu aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand.

Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

Terdahulu, rancangan dikelolakan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu menyaksikan penamatan penyertaan kumpulan Nico G, Datuk Fazley Yaakob, Upiak Isil dan Bandi Amuk yang masing-masing diumumkan tersingkir di penghujung konsert ketiga, keempat, keenam dan ketujuh.

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2021 Live + Minggu 8 Suku Akhir




Hakcipta iluminasi.com (2017)