Oleh pada 29 Nov 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Konsert minggu kedua Gegar Vaganza 8 (GV8) menyaksikan kesemua peserta terselamat selepas sekali lagi tiada penyingkiran diumumkan pada episod kali ini.

Sementara itu, penyanyi Aliff Aziz buat kali keduanya menduduki tangga pertama dengan mengutip markah sebanyak 81.00%.

Aliff mengungguli saingan malam tadi menerusi penyampaian lagu taruhan, Kasih Tak Sampai dipopularkan kumpulan Padi.

Dalam pertandingan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu, para peserta dicabar untuk mendendangkan lagu-lagu dalam era dan zon genre masing-masing mengikut tema 'Masih Aku Terasa'.

Barisan 13 penyanyi yang terlibat ialah Nikki Palikat, Aliff Aziz (Singapura), Adibah Noor, Suki Low, Aweera, Bandi Amuk, Ani Mayuni, Upiak Isil (Indonesia), Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Saiful Apek & Yassin Senario dan kumpulan Nico G.

Persembahan dinilai juri profesional tetap yang terdiri daripada pengarah muzik Datuk Ramli MS, penyanyi lagenda Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat yang juga bertindak selaku pengkritik.

Turut sama, Dato Ahmad Tamimi Siregar diundang bagi mengisi kerusi juri jemputan mingguan.

Senarai penuh markah oleh juri adalah seperti berikut:-

   

gegar vaganza 791

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 8 (2021) Minggu Kedua

1. Aliff Aziz (Kasih Tak Sampai) - 81.00%

2. Adibah Noor (Istana Menanti) - 72.80%

3. Nikki Palikat (Drama) - 71.70%

4. Suki Low (Kisah Cinta Kita) - 69.70%

5. Upiak Isil (Parah Parah) - 69.60%

6. Saiful Apek dan Yassin Senario / Sa.Ya (Gerhana) - 66.20%

7. Aweera (Andaiku Bercinta Lagi) - 64.70%

8. Shidee (Malam) - 61.10%

9. Bandi Amuk (Untukmu Sayang) - 60.80%

10. Azan Scan (Sekelip Mata Kau Berubah) - 60.00%

11. Ani Maiyuni (Selangit) - 56.70%

12. Datuk Fazley Yaakob (Laguku Untukmu) - 56.00%

13. Kumpulan Nico G (Kaulah Gadisku) - 52.90%

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 3

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 3

Anugerah Betul Betul Luar Biasa menjadi milik Aliff Aziz hasil undian peminat di laman web rasmi GV8, manakala Bintang Cuckoo Paling Gempak pula dianugerahkan kepada Sa. Ya. yang menerima undian tertinggi pelayar Facebook Astro Gempak.

Untuk butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

Persaingan GV8 disaksikan dalam siaran konsert mingguan kendalian pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse, ke udara secara langsung di saluran Astro Ria (CH 104) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.

Strim secara online di aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

      

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2021 Live + Minggu 2




Hakcipta iluminasi.com (2017)