Oleh pada 23 Jan 2022 kategori
gegar vaganza 2021 598

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  
Konsert akhir Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) membariskan enam peserta sebagai finalis dalam pencarian juara edisi ini.
  
Persaingan episod kemuncak itu melibatkan penyanyi Nikki Palikat, Suki Low, Aweera, Aliff Aziz (Singapura), Adibah Noor dan Azan Scan.
  
Tugas penjurian terletak di tangan juri profesional tetap terdiri daripada pengarah muzik, Datuk Ramli MS, penyanyi lagenda Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Syafinaz Selamat, bersama juri undangan istimewa.
  
Program realiti yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dengan penampilan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pasangan pengacara.
  
Konsert GV8 menemui penonton pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam, selain turut dimuatkan di aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk tontonan online.
  
Hasil keputusan juri, berikut adalah markah yang diraih para finalis di konsert akhir:-
  
gegar vaganza 572

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Carta Kedudukan Dan Keputusan Markah Peserta Konsert Final Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 10 - Juara, Pemenang, Finalis   

Juara - Aliff Aziz (83.06%)
Tempat kedua / naib juara - Nikki Palikat (81.26%)
Tempat ketiga - Suki Low (77.91%)
Tempat keempat - Adibah Noor (67.25%)
Tempat kelima - Azan Scan (64.04%)
Tempat keenam - Aweera (63.90%)
  
  
Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)
  
gegar vaganza final

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  
Terdahulu, GV8 menamatkan penyertaan kumpulan Nico G, Datuk Fazley Yaakob, Upiak Isil, Bandi Amuk, Saya (Saiful Apek & Yassin Anye Senario), Shidee dan Ani Maiyuni yang masing-masing diumumkan tersingkir di konsert ketiga, keempat, keenam, ketujuh, kelapan (suku akhir) dan kesembilan (separuh akhir).
  
Untuk rekod, GV pernah menjulang lapan lagi pemenang juara sepanjang penganjurannya. Mereka ialah juara GV1, Ayai Ilusi, Siti Nordiana (GV2), Azharina Azhar (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu Boboy & Hady Mirza (GV6) serta Cliff Umar (GV7).
  
   


Hakcipta iluminasi.com (2017)